Tuesday, August 01, 2006
Yang Mudah Tapi Susah
bismillahhirahmanirahim...
syukur dengan seluruh anugerah dan kurnia-Mu, Maha Pencipta.
salam blues untuk semua sekalian hamba. moga hari ini hidup dan kehidupan kita lebih baik dari semalam, dan kita sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik pada masa mendatang, insya-Allah.
seringkali kita dengar, bahawa untuk melaksanakan sesuatu tidaklah semudah melafazkannya. jadi, bagaimana pula boleh terbit ungkapan hidup ini mudah, hidup ini indah andai segala sesuatu yang ingin dilakukan bukanlah mudah?
banyak di antara sekalian kita terlalu mudah menghurai sesuatu itu mengikut sudut pandangan yang sempit. tidak mahu membuka mata (hati) seluas-luasnya sebelum membuat kata putus bahawa sesuatu itu memang tak ada yang mudahnya. segala hal ini berkait dengan niat, keinginan dan usaha setiap di antara kita.
Fikirkan Boleh
Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu
Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan
Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh
Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh
boleh! itu yang harus kita sekalian hamba set dalam minda apabila ingin melakukan sesuatu, terutama apabila kita mula diganggu oleh rasa ketidakyakinan. soalnya di sini bukanlah berhasilnya sesuatu yang kita lakukan (memang semua orang ingin menikmati hasil yang bagus), tetapi tentang kesungguhan melakukan sesuatu itu.
dalam situasi ini kita harus berbalik kepada, 'kita hanya mampu merancang, Tuhan menentukan segalanya'. ini bukan bermakna kita berserah bulat-bulat, kerana itu sudah menjadikan kita sebagai hamba pemalas, tidak mahu berusaha, negatif dan seumpamanya! dalam apa jua, kita harus mulakan dengan niat, kemudian usaha yang bersungguh-sungguh dan kita hamba ini juga harus berdoa agar usaha itu berhasil dengan sebaiknya di samping berserah dengan segala kemungkinannya nanti.
ingat! tak ada sesuatu yang diperolehi dengan 'percuma'. walaupun Maha Pemurah begitu banyak memberi kepada kita sekalian hamba ini, kita cuma diminta perlu mengikut apa suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. pun begitu, sesuatu yang begitu mudah yang diminta oleh-Nya, ramai tak mampu melaksanakannya.
jangan menyusah sesuatu yang sebenarnya mudah. tetapi jangan terlalu ambil mudah dengan hal-hal kelihatan mudah. jumpa lagi, wassalam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment