Wednesday, December 28, 2005

BS89 | Selamat Tahun Baru

1 comments
Image hosted by Photobucket.com


SALAM hujung tahun, dan SALAM TAHUN BARU 2006!

Alhamdulillah, kita melangkah ke tahun baru dan 2005 kita tinggalkan dengan seribu satu kenangan. Yang manis yang pahit itu adalah hidup dan kehidupan. Mudah-mudahan yang telah berlalu itu telah diberati oleh-NYA dan yang mendatang akan kita hadapi dengan penuh semangat, kesabaran, keimanan, ketakwaan... agar hidup dan kehidupan ini dilimpahi rahmat dan keberkatan Maha Pencipta.

Kita di sini sekadar menumpang... dengan hadirnya 2006 bermakna SEMAKIN SUSUT usia yang berbaki, yang dipinjamkan oleh Maha Pemurah. Tiba masanya [entah bila ya?], segala-gala yang selama ini kita rasa milik kita akan kita tinggalkan. Mudah-mudahan, dengan sisa-sisa anugerah-NYA ini kita gunakan sebaiknya kerana kita tak tahu apa yang akan berlaku pada DETIK seterusnya. TIK! TIK! TIK! dengan kehendak-NYA kita telah sampai ke TITIK akhir di alam fana ini. Daripada-NYA kita datang dan, kepada-NYA kita semua akan kembali...

Carilah kebaikan demi sebuah kehidupan yang terbaik... terbaik untuk kita jua untuk semua makhluk di sekeliling kita, insya-ALLAH.

Moga kita semua sentiasa di bawah lindungan-NYA. Wassalam...

Monday, December 12, 2005

BS #88

0 comments


Salam untuk semua! Tak banyak dapat disembangkan kat sini buat masa ini. Baru jer settle dateline BS#88. Dan, covernya kat atas nuuu ler. Keluaran #88 Januari 2006, Selamat Tahun Baru!

Agak tidak berkesempatan untuk merombak banyak dalam masa terdekat ini. Biasalah, kita manusia biasa hanya mampu merancang dan sudah pastinya akan ada dugaan datang. But, alhamdulillah... still settle jugak setiap issue BS.

Masih berusaha 'mencari' pelapis yang sesuai untuk menggantikan kawan-kawan yang telah 'hilang' dalam tahun 2005. Yakin sangat-sangat (namun tetap redha dengan ketentuan-Nya) bahawa 2006 ini akan mampu melahirkan lagi beberapa karyawan baru, baik untuk komik mahupun penulisan kreatif.

Untuk kawan-kawan yang dah pergi, dulu diredhakan kepergian kalian. Dan, seperti yang telah dipesan-pesankan, mungkin jalan kembali telah tiada. Maaf...

Apapun nantikan juga kehadiran 'DIA'... sesuatu yang telah lama tersimpan, hampir 5 tahun. Siapa 'DIA'? Tunggu jer lah ye... Untuk melihat-lihat PROMO BS #88, klik kat cover BS #88 kat ruang sebelah ni yer. Jumpa lagi, wassalam...

Monday, November 28, 2005

BS #87

1 comments


Salam Blues untuk semua! Diam tak diam dah masuk isu #87, dan... ini adalah isu 15hb. Disember 2005. Bermakna BS #87 ni adalah keluaran penutup tahun 2005. Entah kenapa, rasanya proses isu #87 ni ada lain macam sket. Lain macam kekelam-kabutannya, emosinya, hangin satu badannya dan entah hapakebenda lagi.

Memang, waktu ini masih lagi dalam bulan Syawal, bulan raya. Waktu-waktu beginilah biasanya orang KL beraya... open house sana sini. So, tak salah gak kalau dikatakan isu #87 ni masih lagi ada 'kemaruk rayanya' dan mungkin itu yang membuatkan ada yang masih slow buat keje.

Tak kisahlah apa pun alasannya, yang mesti diingat isu #87 kena di pasaran juga! Maknanya, kena siapkan walaupun ada sederet karyawan yang mengantoikan diri masing-masing. Hehehe...

Apapun, alhamdulillah... apabila ada promo BS terkini kat sini, bermakna ia sudah berada di printing la tuh. Sehari dua lagi dah boleh cari kat kedai dan beli. Gaji pun dah dapat, kan?

Macam biasalah... nak tengok promo yang lain, klik kat cover BS kat tepi nuu yee... Wassalam

Monday, November 14, 2005

BS#86

0 comments



Salam untuk semua! Dah puas beraya? Cukup cuti? Duit cukup ke beraya ari tu? Apa pun, alhamdulillah... Ramadan telah kita lalui dengan tabah dan mudah-mudahan sempurna segala amalan. Dan, Syawal telah kita raikan. Tentu ada yang masih beraya... tak apa, raya sebulan!

Melangkahkan kaki semula ke pejabat setelah bercuti (walaupun bukanlah lama sangat), cukup berat! Mood raya campur mood malas kot. Sebelum cuti Aidilfitri kaum kerabat BS bertungkus-lumus nak settlekan issue 86, sebab ikut jadual minggu ni dah nak dipasarkan. Penat yang amat! Mujurlah kami bercuti setelah separuh issue 86 siap, so... liat dan malas macam mana pun pah-pah raya nih, masih ada kerja yang nak kena settle.

Alhamdulillah, dalam dok malas siap gak issue 86. Sebenarnya, kena siap jugak-jugak, tanpa alasan! Kat atas tu ler rupa COVER BS#86. Kalau korang nak tengok promo yang lain-lain, korang KLIK jer cover BS#86 kat ruang sebelah nih.

Terima kasih untuk sumer yang sentiasa singgah dan memeriahkan suasana di sini. Terima kasih juga untuk sumer kawan-kawan, adik-adik, pembaca-pembaca dan pembeli-pembeli yang terus menyokong serta layan Blues!

Saturday, October 29, 2005

salam aidilfitri

0 comments

...tiada kata-kata yang dapat menggambarkan betapa Ramadan ini akan ditinggalkan, biarpun Syawal hadir tanda kemenangan diri, mudah-mudahan diri ini telah benar-benar disuci, benar-benar berada dalam dakapan-Mu, Ilahi...

Wednesday, October 26, 2005

10 Terakhir Ramadan

1 comments
Assalamualaikum sumer! Alhamdulillah... kita dah masuk 10 terakhir Ramadan. Saat-saat terbaik mempertingkatkan amalan sebelum kita sumer menyambut ketibaan Syawal. Terima kasih untuk sumer yang sudi membelek, membeli dan membaca Bumper Syahdu dan Bumper Lentok. Terima kasih kerana masih sudi layan blues!

Sejak sebelum Ramadan dan kini, dah melalui 10 terakhirnya... ingatkan buleh la nak layan lagu raya sambil gi shopping ker, tidur kat bawah meja ker. Tapi, bila tengok jadual keje... terpaksalah niat suci murni itu dibatalkan. Teruskan memulun BS isu 85 dan 86!

BS#85 dijangka berada di pasaran pada 28 Oktober. Korang sumer yang nak balik kampung beraya tu, kalau nampak beli-belilah yer, buat bacaan dalam perjalanan... hehehe.

So, tengok-tengoklah sikit apa yang ada kat dalam BS85 nih...


Ini cerpen karya Bintang Timur. Ingat lagi karyanya sebelum ini? Kalau yang dulu ala-ala kelakar sket, yang ni syahdu menusuk kalbu adanya.




Yang ni pulak KOREAN SITE... untuk yang minat gilerz kat drama-drama Korea yang jiwang, yang menangis meleleh, yang berebut-rebut boiprenz atai gurlprenz... hehehe. Atau, yang terangau-angaukan hero-hero hensem macho nak mampos dan heroin yang cun melecunz berdarah idung kalau tengok. Humm, kalau korang sumer minat drama Korea nih, buleh la geng ngan Kak Iera ngan Abang Zairi... layan abis! Heheh...




Wahh... budak ni memang maju! Tak sampai setahun berkarya kat BS dan macam-macam dia buat. Semangat bukan main. Bagus arr... mcm tu lah orang muda, kan... berkarya dulu kemudian soal imbuhan insya-Allah akan dinikmati kelak. Bukan macam sesetengahnya yang belum apa-apa dah tanya imbuhan. Ini karya Pac selain Love Makes Me Crazy (LM2C). Korang sumer tengok dan hayatilah cerita Gila Robot nih ye...




Untuk pengetahuan korang sumer, karya She Eksperimentasi tu tamat dalam isu 85 nih. Tengok arr macam mana kesudahannya ye. Yang ni Eksperimentasi:Marah... entah apakehal pulak She ni nak marah-marah.




Untuk korang sumer peminat Jakalll!




Ini pulak untuk peminat-peminat jiwang Sangbogoroyo! Heheheh...

Tuesday, October 11, 2005

Bumper Lentok Aidilfitri BS84

1 comments
Mungkin ini yang ditunggu-tunggu... Sila cari kat kedai selepas 13hb OKTOBER 2005.

Saturday, October 08, 2005

Potret Wajah

0 comments
Assalamualaikum... hari ni selesailah kami memulun bumper lentok aidilfitri. insya-Allah 13hb Oktober nanti ia akan mula dipasarkan. Ramai yang tanya, kenapa dalam BS tak ada menyiarkan aktiviti pelukis/kartunisnya. Tunggu, lepas-lepas ni mungkin ada. Ramai jugak yang teringin sangat nak tengok wajah-wajah yang sentiasa bertungkus-lumus menyiapkan setiap keluaran BS. Okeylah, inilah wajah-wajah yang terlibat dengan BS secara langsung. Untuk nampak lain sikit, sengaja kami siarkan potret wajah staff BS (fulltime dan freelancer) hasil lakaran Fazrul.




jakalll< >fazrul




topan< >v-key




pac< >she




cik li< >zairi [graphic]




iera [asst. editor]

bumper2bumper! BS84

0 comments
Salam blues! Bagaimana dengan ibadah puasa korang? Dan masuk hari ke-4. Mudah-mudahan semakin bersemangat, semakin dekat dengan-Nya, insya-Allah. Alhamdulillah, hingga hari ini sudah 95 peratus BS Bumper Raya disiapkan. Sebahagiannya dah pun dicetak. Okeh, ini ada lagi sikit promo karya-karya yang dimuatkan...



> Senno siri 4; karya JAKALLL



> Pengalaman Syawal; karya CIK LI



> Eksperimentasi Raya; karya SHE



> Salah satu loose pasal raya; karya CIK LI

Thursday, October 06, 2005

bumper2bumper! BS84

0 comments
ASSALAMUALAIKUM... salam Ramadan untuk semua! Alhamdulillah, dengan izin-Nya BS Bumper Syahdu dah pun selamat 'dikerjakan'. Tak adalah nak cakap banyak-banyak pasal Bumper Syahdu, itu yang mampu dan mudah-mudahan semua mendapat 'sesuatu', kalau tak banyak sikitpun jadilah.


Terima kasih banyak-banyak kat semua yang terlibat menyiapkan Bumper Syahdu, secara langsung atau tidak langsung. Khusus, untuk Zairi Graphic, Jakalll dan Iera. Juga untuk Topan dan Stan (yang still maintain kualiti work walaupun ada waktu bekerja dalam keadaan tertekan. Pac (sebut PAK) yang sentiasa mahu belajar dan diajar, yang sentiasa sanggup untuk buat apa saja, yang still jalan kaki dari USJ 9 ke USJ 21! Mudah-mudahan BS dapat memberi 'sesuatu' yang dia cari, mudah-mudahan juga sukses terus. She yang tetap datang ke studio antar art-work walaupun sentiasa kena ngorat. V-key yang terus setia, yang tak pernah berubah arah walau apa yang berlaku setakat ini - terima kasih!


Kepada Bikash Nur Idris yang sudi menyumbang, kepada Ruslan Ngah yang terus berkarya. Juga Lolo, Mayangsari, A.Ubaidillah, Yalin dan lain-lainnya yang masih mahu menjadikan BS sebagai 'taman karya'. Tak lupa pada yang sentiasa memberi semangat dan sokongan terutama tatkala diri down - abang Bradermacho!


Untuk minggu ini memang tak berkesempatan nak up-date blog nih, kerana... selain isu Bumper Raya (BS84), kena gak siapkan BS85 dan BS86 sebelum cuti Aidilfitri nanti. Apapun, ini ada sikit untuk tatapan korang... tentang BS84!


Ini sambungan dan kesudahan kisah BRATAYUDA karya PAC.




Yang ini pulak karya Stan. Mari kita lihat kesan 'HANTU' terhadap hidup dan kehidupan. Tapi, ada ke hantu? Hehehehe...




Love Makes Me Crazy versi Aidilfitri. Macam mana la agaknya budak-budak nih sambut raya?




Untuk yang minat puisi-puisi lentok dan jiwang, satu lagi karya Sangbogoroyo...

Thursday, September 29, 2005

bumper2bumper! BS83

0 comments
salam semua! maaflah, kebelakangan ni memang bz sangat-sangat sampai tak sempat nak up-date. macam mana pun, bs keluaran ramadan dan siap, dan masuk printing walau terpaksa tunggang terbalik menyiapkannya. nak kata bagus, takde la jugak... apapun, mudah-mudahan korang terhibur dan, paling penting beroleh 'sesuatu'. untuk pengetahuan, sehari dua ni bs83 akan berada di pasaran terutama sekitar lembah klang. kita tengoklah dulu covernya macam mana rupa.





lain-lain yang ada... macam biasalah cerpenblues nih. penulisnya seorang lagi pendatang baru...



ini lak karya stan; the untold stories. kisah seram-seram kuku hantu...



kartunis pac (sebut PAK) cuba mempelbagaikan karyanya. bagus la, kan... kita kena cuba macam-macam benda...

Thursday, September 22, 2005

bumper2bumper! BS83

1 comments
alhamduillah... setakat sehingga pukul 5.00 petang nih, keseluruhan isi bs keluaran khas ramadan dah pun siap. dalam masa yang sama sebahagiannya pun dah masuk printing. yang tinggal, nak adjust cover, back cover ngan kad pelbagai guna jer.


bermakna, esok start pulak menyusun untuk keluaran khas aidilfitri. humm, kena la pasang lagu raya macam nih... nak amik mood raya, heheh!


takde nk cerita apa sangatlah kot hari nih, otak tepu! just nak tunjuk kat korang salah satu lagi karya yang akan disiarkan dalam ba skeluaran khas ramadan. tajuk ceritanyer; SMS. sesuai sangatlah untuk korang yang suka berSMS tu. tapi cerita SMS karya JAKALLL ni lain sket. ada la bau2 jiwang, cintan... apapun, nanti korang tengok baca sendiri aaar ye!


kepada adik-adik yang sentiasa keluar masuk blog nih, terima kasih banyak-banyak. kalau rasa ada kemusykilan tanya jer lah, jangan memalu. yang nak berkarya, yang nak menulis pun macam tu jugak. hantar jer... kalau tak cuba kita tak akan tahu. okes... jumpa lagi!

Wednesday, September 21, 2005

bumper2bumper! BS83

0 comments
assalamualaikum... hmm, hingga petang nih dah 95% BS keluaran khas ramadan siap! huhuhu... macam nak pengsan! tahun ni memang terasa sangat-sangat kepenatannya. sebab, staf makin kurang... hampir setiap orang paling kurang pun kena buat tiga kerja. apapun, walau tinggal ciput jer kat studio nih, kerja tetap kerja... pulun, beb!


hari ni nak tunjuk pulak salah satu karya kartunis awek kesayangan kitorang dan korang, SHE. dia single lagi! selain kami kat studio nih cuba mengurat dia, korang pun kalau nak cuba apa salahnya. muahahaha... untuk keluaran khas ramadan ni, rajin bukan main minah nih. jumlah keseluruhan karya dia yang akan disiarkan nanti adalah 22 muka surat!


ini EKSPERIMENTASI: Muhasabah Diri, sempena kedatangan ramadan penuh mulia... okey, sama-samalah kita nantikan kedatangan ramadan ini... marhaban ya ramadan!

Tuesday, September 20, 2005

bumper2bumper! BS83

1 comments
assalamualaikum... terima kasih kat adik-adik yang rajin singgah kat blog nih. skang ni memang tengah bz menyiapkan bumper ramadan. insya-Allah kalau tak ada halangan keluaran khas ramadan akan mula berada di pasaran pada 29hb. september nih.


apa yang ada dalam keluaran khas ramadan? macam-macam ada, insya-Allah mudah-mudahan ia akan memberi manfaat untuk semua orang. apapun, seimbas nak bagitau kali ni macam banyak sikit komik. tengokjerlah nanti macam mana jadinya.


untuk hari ni, nak tunjuk karya PAC. macam yang korang dah tahu PAC akan muncul dengan LOVE MAKES ME CRAZY. untuk keluaran khas ramadan nih, selain LMMC, ada dua karya lain yang akan disiarkan. humm, jumlah keseluruhan karyanya untuk keluaran khas adalah... 24 muka surat!


BRATAYUDA : Kingdom of Summoner! tak payah la tulis ceritanya macam mana, kan? korang beli da baca jer lah nanti dalam BS keluaran khas ramadan... ngehngehngeh!

Tuesday, September 13, 2005

bumper2bumper! BS83

1 comments
Dengan rahmat, keizinan, berkat, redha Maha Pencipta Maha Pemurah... maka bermulalah bumper2bumper BS83! Ikuti perkembangannya di sini... insya-Allah, mudah-mudahan kita semua mendapat manfaat...

Friday, September 09, 2005

date up-date 82

1 comments
Puisi karya Zuril. Mungkin ramai yang berminat nak send puisi, tapi malu=malu kucing. Hantar jer, insya-Allah... kalau menepati citarsa akan kami pilih. Apa yang penting, ringkas dan padat bermakna. Jiwang lagilah bagus! Cadangan Geoream boleh dipertimbangkan. Mungkin nanti kita buat Sayembara Puisi Jiwang pulak...





Yang ni macam biasalah, penghias segmen PHWEET!SWEET. Ilustrasinya hasil sentuhan Fazrul, manakala puisi jiwangnya karya SANGBOGOROYO!





CerpenBlues, sentiasa buka peluang untuk penulis baru cuba, tunjuk dan asah bakat. Alhamdulillah, ramai yang sudi menghulur karya. Bagus-bagus belaka dengan penyampaian dan gaya tersendiri. Minggu lepas sembang-sembang ngan penulis novel bersiri Air Mata Fia Ezira, Ruslan Ngah... so, dia cadangkan ruangan cerpen ni kita jadikkan SAYEMBARA. Bukanlah tujuan nak tunjuk orang ni bagus orang tu kurang... tapi mudah-mudahan dengan menjadikannya SAYEMBARA, akan menambahkan lagi semangat penulis-penulis muda nak mencuba bakat serta mempertingkatkan mutu karya diorang. Ada hadiah ke? Hmm, insya-Allah... kami akan usahakan sesuatu yang berbaloi. So, lepas ni kalo korang nak join hantar cerpen tolong sertakan biodata lengkap, alamat surat menyurat, no. telefon dan lain-lain hal yang dirasakan perlu serta dapat membantu. Tema bebas, tapi sebaiknya biarlah bertemakan kasih sayang. Ingat, kasih sayang itu luas pengertiannya. Panjang karya? Hmm... korang agak-agaklah dalam tak lebih dari 8 muka surat (A4). Macam mana nak hantar? Digalakkan hantar melalui e-mail. Atau korang boleh hantar melalui pos ke alamat:- CERPENBLUES, Majalah Blues Selamanya, No.22, Jalan USJ 21/4, 47630 UEP Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.





Siri dan karya terbaru Jakalll, Senno. Dah masuk siri ke dua dah pun. Citer Senno ni ada kaitan ngan siri Hattori High-School tu. Baca dan fahami sendirilah ye...





Final episode Worlds of the War, karya Stan. Lukisannya unik, ceritanya juga begitu... membawa korang ke alam fantasi, tapi kadang-kadang nampak macam realiti. Apa-apa jer lah!





Episod seterusnya Hattori High-School. Peminat-peminat Jakalll bolehlah melawat weblog dia http://jakalll.blogspot.com





Cinta kadangkala memang buat kita jadik gila! Kerana cinta kat komik, Pac pun sanggup buat kerja gila. Semata-mata nak datang opis MOY dia sanggup jalan kaki lebih dari 5km. Siapa tahu, dalam dok berjalan kaki itu Pac terserempak dengan awek cun, lalu dia jatuh cinta. Itu sudah bagus, kan? Love Makes Me Crazy menampakkan kematangan Pac.






Macam biasa, ini siri Eksperimentasi karya She. Sedar tak sedar siri ni dah tiba di pertengahan. So, macam mana agaknya Eksperimentasi She? Teruskan...






Ini ruangan baru untuk korang pembaca sumer. Sebenarnya, pada awal-awal keluaran ada ruangan Tangkap Lentok, di mana korang boleh hantar luahan rasa ker, catatan jiwang ker, puisi meleleh ker... ingat lagi? So, kiranya ruangan ni lebih kurang macam tu la. Dan, ada kemungkinan nak disatukan dengan ruangan Hanya Untukmu, insya-Allah. Jadiknya, jangan malu-malu join ruangan ni. Luahkanlah apa yang ada dalam hati korang...

Monday, August 29, 2005

kosong!

2 comments
Assalamualaikum?
Kosong? Apanya yang kosong? Otakkah yang kosong atau poketkah? Ini meja dan kerusi kosong tak ada orang duduk. Kat atas meja tu ada timbunan art-work lama yang dah disiarkan dalam BS, serta kertas-kertas tak pakai. Dulu atas meja ni kosong dan bila She datang sesekali ke studio dia suka duduk kat sini. Saja letak kertas-kertas tu kat meja, nanti bila She datang boleh tolong kemas, hehehe.




Meja ni tak kosong, penuh ngan barang-barang, pc dan entah apa-apa lagi. Cuma kosong tak ada orang duduk. Orangnya ada tapi tak tau masa ni duduk kat mana. Bawah mejakah atau dalam lacikah?




Ini bahagian belakang kartunis Pac. Maaf ye tak sempat nak amik gambar muka dia. Lepas-lepas ni la ye, saspen sikit.

Sunday, August 28, 2005

date up-date : bumper01

0 comments
Assalamualaikum salam blues untuk semua! Pejam celik pejam celik dah masuk isu 81 dah BS. Tetiap minggu kami yang tinggal empat kerat kat studio BS ni akan kelam-kabut dengan dateline. Seminggu untuk satu keluaran! Memang rasa semacam tensen dan rasa nak lari pun ada gak. Tapi, bila tiap-tiap minggu dah macam ni, tiap-tiap minggu dateline yang menuntut hujung minggu atau hari minggu turun bekerja, yang menjadikan opisku rumahku serta rumahku opisku, kami dah lali! Dah takde hal untuk semua tu. Memang seimbas macam takde kehidupan lain untuk kami, kan?


Sabtu lepas dah settlekan BS isu 81, bermakna hari ini kami memulakan kerja untuk BS isu 82. Maknanya juga, menjelang hujung minggu ni, yakni lepas MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! kena le settle keje. Kemudian, bermulalah BS keluaran khas Ramadan. Jadi, korang tunggulah BS isu 83 nanti ye. Tak tahulah macam mana isinya nanti. Mudah-mudahan memberi banyak manfaat untuk korang semuer.


Bertimbun BS sejak keluaran 01 hingga kini, 80! Ada sesiapa nak beli isu-isu lepas buleh send e-mail.




Meja bersepah, kerusi kosong! Mungkin tuan punyanya ada kat bawah meja, zzzz... khekhekhe!




Semuer kosong! Macam mana nak buat keluaran khas Ramadan?




Persiapan untuk buat keluaran bumper, minum 100 Plus setiap hari untuk tambah tenaga (selain tongkat ali). Untuk santapan jiwa, hanya kepada-Nya berserah, moga segalanya berjalan lancar...
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com