Thursday, September 29, 2005

bumper2bumper! BS83

0 comments
salam semua! maaflah, kebelakangan ni memang bz sangat-sangat sampai tak sempat nak up-date. macam mana pun, bs keluaran ramadan dan siap, dan masuk printing walau terpaksa tunggang terbalik menyiapkannya. nak kata bagus, takde la jugak... apapun, mudah-mudahan korang terhibur dan, paling penting beroleh 'sesuatu'. untuk pengetahuan, sehari dua ni bs83 akan berada di pasaran terutama sekitar lembah klang. kita tengoklah dulu covernya macam mana rupa.





lain-lain yang ada... macam biasalah cerpenblues nih. penulisnya seorang lagi pendatang baru...



ini lak karya stan; the untold stories. kisah seram-seram kuku hantu...



kartunis pac (sebut PAK) cuba mempelbagaikan karyanya. bagus la, kan... kita kena cuba macam-macam benda...

Thursday, September 22, 2005

bumper2bumper! BS83

1 comments
alhamduillah... setakat sehingga pukul 5.00 petang nih, keseluruhan isi bs keluaran khas ramadan dah pun siap. dalam masa yang sama sebahagiannya pun dah masuk printing. yang tinggal, nak adjust cover, back cover ngan kad pelbagai guna jer.


bermakna, esok start pulak menyusun untuk keluaran khas aidilfitri. humm, kena la pasang lagu raya macam nih... nak amik mood raya, heheh!


takde nk cerita apa sangatlah kot hari nih, otak tepu! just nak tunjuk kat korang salah satu lagi karya yang akan disiarkan dalam ba skeluaran khas ramadan. tajuk ceritanyer; SMS. sesuai sangatlah untuk korang yang suka berSMS tu. tapi cerita SMS karya JAKALLL ni lain sket. ada la bau2 jiwang, cintan... apapun, nanti korang tengok baca sendiri aaar ye!


kepada adik-adik yang sentiasa keluar masuk blog nih, terima kasih banyak-banyak. kalau rasa ada kemusykilan tanya jer lah, jangan memalu. yang nak berkarya, yang nak menulis pun macam tu jugak. hantar jer... kalau tak cuba kita tak akan tahu. okes... jumpa lagi!

Wednesday, September 21, 2005

bumper2bumper! BS83

0 comments
assalamualaikum... hmm, hingga petang nih dah 95% BS keluaran khas ramadan siap! huhuhu... macam nak pengsan! tahun ni memang terasa sangat-sangat kepenatannya. sebab, staf makin kurang... hampir setiap orang paling kurang pun kena buat tiga kerja. apapun, walau tinggal ciput jer kat studio nih, kerja tetap kerja... pulun, beb!


hari ni nak tunjuk pulak salah satu karya kartunis awek kesayangan kitorang dan korang, SHE. dia single lagi! selain kami kat studio nih cuba mengurat dia, korang pun kalau nak cuba apa salahnya. muahahaha... untuk keluaran khas ramadan ni, rajin bukan main minah nih. jumlah keseluruhan karya dia yang akan disiarkan nanti adalah 22 muka surat!


ini EKSPERIMENTASI: Muhasabah Diri, sempena kedatangan ramadan penuh mulia... okey, sama-samalah kita nantikan kedatangan ramadan ini... marhaban ya ramadan!

Tuesday, September 20, 2005

bumper2bumper! BS83

0 comments
assalamualaikum... terima kasih kat adik-adik yang rajin singgah kat blog nih. skang ni memang tengah bz menyiapkan bumper ramadan. insya-Allah kalau tak ada halangan keluaran khas ramadan akan mula berada di pasaran pada 29hb. september nih.


apa yang ada dalam keluaran khas ramadan? macam-macam ada, insya-Allah mudah-mudahan ia akan memberi manfaat untuk semua orang. apapun, seimbas nak bagitau kali ni macam banyak sikit komik. tengokjerlah nanti macam mana jadinya.


untuk hari ni, nak tunjuk karya PAC. macam yang korang dah tahu PAC akan muncul dengan LOVE MAKES ME CRAZY. untuk keluaran khas ramadan nih, selain LMMC, ada dua karya lain yang akan disiarkan. humm, jumlah keseluruhan karyanya untuk keluaran khas adalah... 24 muka surat!


BRATAYUDA : Kingdom of Summoner! tak payah la tulis ceritanya macam mana, kan? korang beli da baca jer lah nanti dalam BS keluaran khas ramadan... ngehngehngeh!

Tuesday, September 13, 2005

bumper2bumper! BS83

1 comments
Dengan rahmat, keizinan, berkat, redha Maha Pencipta Maha Pemurah... maka bermulalah bumper2bumper BS83! Ikuti perkembangannya di sini... insya-Allah, mudah-mudahan kita semua mendapat manfaat...

Friday, September 09, 2005

date up-date 82

0 comments
Puisi karya Zuril. Mungkin ramai yang berminat nak send puisi, tapi malu=malu kucing. Hantar jer, insya-Allah... kalau menepati citarsa akan kami pilih. Apa yang penting, ringkas dan padat bermakna. Jiwang lagilah bagus! Cadangan Geoream boleh dipertimbangkan. Mungkin nanti kita buat Sayembara Puisi Jiwang pulak...





Yang ni macam biasalah, penghias segmen PHWEET!SWEET. Ilustrasinya hasil sentuhan Fazrul, manakala puisi jiwangnya karya SANGBOGOROYO!





CerpenBlues, sentiasa buka peluang untuk penulis baru cuba, tunjuk dan asah bakat. Alhamdulillah, ramai yang sudi menghulur karya. Bagus-bagus belaka dengan penyampaian dan gaya tersendiri. Minggu lepas sembang-sembang ngan penulis novel bersiri Air Mata Fia Ezira, Ruslan Ngah... so, dia cadangkan ruangan cerpen ni kita jadikkan SAYEMBARA. Bukanlah tujuan nak tunjuk orang ni bagus orang tu kurang... tapi mudah-mudahan dengan menjadikannya SAYEMBARA, akan menambahkan lagi semangat penulis-penulis muda nak mencuba bakat serta mempertingkatkan mutu karya diorang. Ada hadiah ke? Hmm, insya-Allah... kami akan usahakan sesuatu yang berbaloi. So, lepas ni kalo korang nak join hantar cerpen tolong sertakan biodata lengkap, alamat surat menyurat, no. telefon dan lain-lain hal yang dirasakan perlu serta dapat membantu. Tema bebas, tapi sebaiknya biarlah bertemakan kasih sayang. Ingat, kasih sayang itu luas pengertiannya. Panjang karya? Hmm... korang agak-agaklah dalam tak lebih dari 8 muka surat (A4). Macam mana nak hantar? Digalakkan hantar melalui e-mail. Atau korang boleh hantar melalui pos ke alamat:- CERPENBLUES, Majalah Blues Selamanya, No.22, Jalan USJ 21/4, 47630 UEP Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.





Siri dan karya terbaru Jakalll, Senno. Dah masuk siri ke dua dah pun. Citer Senno ni ada kaitan ngan siri Hattori High-School tu. Baca dan fahami sendirilah ye...





Final episode Worlds of the War, karya Stan. Lukisannya unik, ceritanya juga begitu... membawa korang ke alam fantasi, tapi kadang-kadang nampak macam realiti. Apa-apa jer lah!





Episod seterusnya Hattori High-School. Peminat-peminat Jakalll bolehlah melawat weblog dia http://jakalll.blogspot.com





Cinta kadangkala memang buat kita jadik gila! Kerana cinta kat komik, Pac pun sanggup buat kerja gila. Semata-mata nak datang opis MOY dia sanggup jalan kaki lebih dari 5km. Siapa tahu, dalam dok berjalan kaki itu Pac terserempak dengan awek cun, lalu dia jatuh cinta. Itu sudah bagus, kan? Love Makes Me Crazy menampakkan kematangan Pac.






Macam biasa, ini siri Eksperimentasi karya She. Sedar tak sedar siri ni dah tiba di pertengahan. So, macam mana agaknya Eksperimentasi She? Teruskan...






Ini ruangan baru untuk korang pembaca sumer. Sebenarnya, pada awal-awal keluaran ada ruangan Tangkap Lentok, di mana korang boleh hantar luahan rasa ker, catatan jiwang ker, puisi meleleh ker... ingat lagi? So, kiranya ruangan ni lebih kurang macam tu la. Dan, ada kemungkinan nak disatukan dengan ruangan Hanya Untukmu, insya-Allah. Jadiknya, jangan malu-malu join ruangan ni. Luahkanlah apa yang ada dalam hati korang...

 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com