Saturday, October 29, 2005

salam aidilfitri

0 comments

...tiada kata-kata yang dapat menggambarkan betapa Ramadan ini akan ditinggalkan, biarpun Syawal hadir tanda kemenangan diri, mudah-mudahan diri ini telah benar-benar disuci, benar-benar berada dalam dakapan-Mu, Ilahi...

Wednesday, October 26, 2005

10 Terakhir Ramadan

0 comments
Assalamualaikum sumer! Alhamdulillah... kita dah masuk 10 terakhir Ramadan. Saat-saat terbaik mempertingkatkan amalan sebelum kita sumer menyambut ketibaan Syawal. Terima kasih untuk sumer yang sudi membelek, membeli dan membaca Bumper Syahdu dan Bumper Lentok. Terima kasih kerana masih sudi layan blues!

Sejak sebelum Ramadan dan kini, dah melalui 10 terakhirnya... ingatkan buleh la nak layan lagu raya sambil gi shopping ker, tidur kat bawah meja ker. Tapi, bila tengok jadual keje... terpaksalah niat suci murni itu dibatalkan. Teruskan memulun BS isu 85 dan 86!

BS#85 dijangka berada di pasaran pada 28 Oktober. Korang sumer yang nak balik kampung beraya tu, kalau nampak beli-belilah yer, buat bacaan dalam perjalanan... hehehe.

So, tengok-tengoklah sikit apa yang ada kat dalam BS85 nih...


Ini cerpen karya Bintang Timur. Ingat lagi karyanya sebelum ini? Kalau yang dulu ala-ala kelakar sket, yang ni syahdu menusuk kalbu adanya.




Yang ni pulak KOREAN SITE... untuk yang minat gilerz kat drama-drama Korea yang jiwang, yang menangis meleleh, yang berebut-rebut boiprenz atai gurlprenz... hehehe. Atau, yang terangau-angaukan hero-hero hensem macho nak mampos dan heroin yang cun melecunz berdarah idung kalau tengok. Humm, kalau korang sumer minat drama Korea nih, buleh la geng ngan Kak Iera ngan Abang Zairi... layan abis! Heheh...




Wahh... budak ni memang maju! Tak sampai setahun berkarya kat BS dan macam-macam dia buat. Semangat bukan main. Bagus arr... mcm tu lah orang muda, kan... berkarya dulu kemudian soal imbuhan insya-Allah akan dinikmati kelak. Bukan macam sesetengahnya yang belum apa-apa dah tanya imbuhan. Ini karya Pac selain Love Makes Me Crazy (LM2C). Korang sumer tengok dan hayatilah cerita Gila Robot nih ye...




Untuk pengetahuan korang sumer, karya She Eksperimentasi tu tamat dalam isu 85 nih. Tengok arr macam mana kesudahannya ye. Yang ni Eksperimentasi:Marah... entah apakehal pulak She ni nak marah-marah.




Untuk korang sumer peminat Jakalll!




Ini pulak untuk peminat-peminat jiwang Sangbogoroyo! Heheheh...

Tuesday, October 11, 2005

Bumper Lentok Aidilfitri BS84

0 comments
Mungkin ini yang ditunggu-tunggu... Sila cari kat kedai selepas 13hb OKTOBER 2005.

Saturday, October 08, 2005

Potret Wajah

0 comments
Assalamualaikum... hari ni selesailah kami memulun bumper lentok aidilfitri. insya-Allah 13hb Oktober nanti ia akan mula dipasarkan. Ramai yang tanya, kenapa dalam BS tak ada menyiarkan aktiviti pelukis/kartunisnya. Tunggu, lepas-lepas ni mungkin ada. Ramai jugak yang teringin sangat nak tengok wajah-wajah yang sentiasa bertungkus-lumus menyiapkan setiap keluaran BS. Okeylah, inilah wajah-wajah yang terlibat dengan BS secara langsung. Untuk nampak lain sikit, sengaja kami siarkan potret wajah staff BS (fulltime dan freelancer) hasil lakaran Fazrul.




jakalll< >fazrul




topan< >v-key




pac< >she




cik li< >zairi [graphic]




iera [asst. editor]

bumper2bumper! BS84

0 comments
Salam blues! Bagaimana dengan ibadah puasa korang? Dan masuk hari ke-4. Mudah-mudahan semakin bersemangat, semakin dekat dengan-Nya, insya-Allah. Alhamdulillah, hingga hari ini sudah 95 peratus BS Bumper Raya disiapkan. Sebahagiannya dah pun dicetak. Okeh, ini ada lagi sikit promo karya-karya yang dimuatkan...



> Senno siri 4; karya JAKALLL



> Pengalaman Syawal; karya CIK LI



> Eksperimentasi Raya; karya SHE



> Salah satu loose pasal raya; karya CIK LI

Thursday, October 06, 2005

bumper2bumper! BS84

0 comments
ASSALAMUALAIKUM... salam Ramadan untuk semua! Alhamdulillah, dengan izin-Nya BS Bumper Syahdu dah pun selamat 'dikerjakan'. Tak adalah nak cakap banyak-banyak pasal Bumper Syahdu, itu yang mampu dan mudah-mudahan semua mendapat 'sesuatu', kalau tak banyak sikitpun jadilah.


Terima kasih banyak-banyak kat semua yang terlibat menyiapkan Bumper Syahdu, secara langsung atau tidak langsung. Khusus, untuk Zairi Graphic, Jakalll dan Iera. Juga untuk Topan dan Stan (yang still maintain kualiti work walaupun ada waktu bekerja dalam keadaan tertekan. Pac (sebut PAK) yang sentiasa mahu belajar dan diajar, yang sentiasa sanggup untuk buat apa saja, yang still jalan kaki dari USJ 9 ke USJ 21! Mudah-mudahan BS dapat memberi 'sesuatu' yang dia cari, mudah-mudahan juga sukses terus. She yang tetap datang ke studio antar art-work walaupun sentiasa kena ngorat. V-key yang terus setia, yang tak pernah berubah arah walau apa yang berlaku setakat ini - terima kasih!


Kepada Bikash Nur Idris yang sudi menyumbang, kepada Ruslan Ngah yang terus berkarya. Juga Lolo, Mayangsari, A.Ubaidillah, Yalin dan lain-lainnya yang masih mahu menjadikan BS sebagai 'taman karya'. Tak lupa pada yang sentiasa memberi semangat dan sokongan terutama tatkala diri down - abang Bradermacho!


Untuk minggu ini memang tak berkesempatan nak up-date blog nih, kerana... selain isu Bumper Raya (BS84), kena gak siapkan BS85 dan BS86 sebelum cuti Aidilfitri nanti. Apapun, ini ada sikit untuk tatapan korang... tentang BS84!


Ini sambungan dan kesudahan kisah BRATAYUDA karya PAC.




Yang ini pulak karya Stan. Mari kita lihat kesan 'HANTU' terhadap hidup dan kehidupan. Tapi, ada ke hantu? Hehehehe...




Love Makes Me Crazy versi Aidilfitri. Macam mana la agaknya budak-budak nih sambut raya?




Untuk yang minat puisi-puisi lentok dan jiwang, satu lagi karya Sangbogoroyo...
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com