Monday, November 28, 2005

BS #87

1 comments


Salam Blues untuk semua! Diam tak diam dah masuk isu #87, dan... ini adalah isu 15hb. Disember 2005. Bermakna BS #87 ni adalah keluaran penutup tahun 2005. Entah kenapa, rasanya proses isu #87 ni ada lain macam sket. Lain macam kekelam-kabutannya, emosinya, hangin satu badannya dan entah hapakebenda lagi.

Memang, waktu ini masih lagi dalam bulan Syawal, bulan raya. Waktu-waktu beginilah biasanya orang KL beraya... open house sana sini. So, tak salah gak kalau dikatakan isu #87 ni masih lagi ada 'kemaruk rayanya' dan mungkin itu yang membuatkan ada yang masih slow buat keje.

Tak kisahlah apa pun alasannya, yang mesti diingat isu #87 kena di pasaran juga! Maknanya, kena siapkan walaupun ada sederet karyawan yang mengantoikan diri masing-masing. Hehehe...

Apapun, alhamdulillah... apabila ada promo BS terkini kat sini, bermakna ia sudah berada di printing la tuh. Sehari dua lagi dah boleh cari kat kedai dan beli. Gaji pun dah dapat, kan?

Macam biasalah... nak tengok promo yang lain, klik kat cover BS kat tepi nuu yee... Wassalam

Monday, November 14, 2005

BS#86

0 comments



Salam untuk semua! Dah puas beraya? Cukup cuti? Duit cukup ke beraya ari tu? Apa pun, alhamdulillah... Ramadan telah kita lalui dengan tabah dan mudah-mudahan sempurna segala amalan. Dan, Syawal telah kita raikan. Tentu ada yang masih beraya... tak apa, raya sebulan!

Melangkahkan kaki semula ke pejabat setelah bercuti (walaupun bukanlah lama sangat), cukup berat! Mood raya campur mood malas kot. Sebelum cuti Aidilfitri kaum kerabat BS bertungkus-lumus nak settlekan issue 86, sebab ikut jadual minggu ni dah nak dipasarkan. Penat yang amat! Mujurlah kami bercuti setelah separuh issue 86 siap, so... liat dan malas macam mana pun pah-pah raya nih, masih ada kerja yang nak kena settle.

Alhamdulillah, dalam dok malas siap gak issue 86. Sebenarnya, kena siap jugak-jugak, tanpa alasan! Kat atas tu ler rupa COVER BS#86. Kalau korang nak tengok promo yang lain-lain, korang KLIK jer cover BS#86 kat ruang sebelah nih.

Terima kasih untuk sumer yang sentiasa singgah dan memeriahkan suasana di sini. Terima kasih juga untuk sumer kawan-kawan, adik-adik, pembaca-pembaca dan pembeli-pembeli yang terus menyokong serta layan Blues!
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com