Thursday, August 10, 2006

Dugaan Itu Indah




dengan penuh kesyukuran kepada Maha Pencipta, atas segala kurnia-Nya.
salam blues untuk semua... moga sekalian di antara kita sentiasa di bawah lindungan-Nya, diberkati, dilimpahi rahmat dan kebaikan dunia akhirat.

penat! ini bukan keluhan, bukan jua melepas rasa tidak bersyukur dengan apa yang ada dan dengan apa yang dilalui. setiap di antara kita, akan ada pada waktu-waktu tertentu akan berasa cukup penat, lelah, letih, dan segala macam rasa yang sukar digambarkan. mungkin kita hanya boleh katakan, "Cukuplah semua ini!"

kita sekalian hamba ini telah dijadikan dengan had-had kemampuan tertentu. setiap di antara kita kemampuannya tidak akan sama, kerana semua ini sebagai menggambarkan akan kekuasaan Maha Pencipta. bahawa, Dia menciptakan setiap hamba-Nya dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing.

apa yang kita miliki, mungkin tidak dimiliki oleh orang lain. dan, begitulah sebaliknya. kerana apa Maha Pencipta menganugerahkan sesuatu yang berbeza kepada datiap hamba-Nya? kerana... hal ini akan membuatkan kita saling bantu membantu, saling perlu memerlukan di antara satu sama lain. Dia mahu kita sekalian hamba ini bersatu mencapai kebahagiaan baik di dunia mahupu akhirat.

alhamdulillah, sekali lagi BS104 mampu disiapkan dalam masa yang ditetapkan, walaupun sebenarnya dateline cukup ketat, cukup padat, dan cukup singkat! kekurangan itu suatu kelebihan - inlah yang selalu difikirkan, yang selalu disebutkan di dalam hati untuk memberi rangsangan kepada diri sendiri, terutama apabila tiba waktu-waktu kemuncak tekanan! yang sedikit pasti boleh melakukan sesuatu dengan banyak, kalau berkehendak melakukannya!

namun, selagi kita sekalian hamba ini hidup dalam satu kelompok... makanya, kita akan dapat melihat kepelbagaian dalam segala macam hal. segala ini untuk renungan kita, andai mahu merenungkannya, mengambilnya sebagai iktibar, menjadikannya sebagai pemacu semangat dan segala sifat serta pemikiran positif. kita akan lihat, ada di kalangan kita yang bertindak di luar dugaan dengan tiba-tiba, yang mampu membantutkan kelancaran pergerakan. akan ada pula yang akan mempamerkan sikap-sikap negatif, yang boleh melemahkan semangat yang lain.

itulah namanya hidup dan kehidupan di dunia. ada sejuta satu (atau entah berapa jumlahnya) macam kerenah, sifat, sikap, tindakan dan sebagainya. mudah-mudahan kita sekalian hamba ini tidak mudah melatah dengan sesuatu yang datang untuk melemahkan. moga ia menjadikan kita sekalian hamba semakin kuat!

ada waktu, kita perlu menangis... menangislah untuk melepas sedih. ada waktu, kita perlu mengeluh... mengeluhlah untuk membuang rasa lelah.

terima kasih tidak terhingga kepada adik-adik forumer BS yang sudah jadi sebahagian keluarga ini. yang sentiasa ada untuk mendengar 'kesengalan' karyawan, yang ada untuk terpaksa mendengar keluhan, dan entah apa-apa lagi. kita jumpa pada gath yang akan datang!

untuk rakan-rakan seperjuangan, teruskan selagi ada peluang dan kesempatan. yang berundur di pertengahan jalan... terima kasih jua untuk kalian.

0 comments:

 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com