Thursday, January 26, 2006

BS91 | Dateline Ke Deadline?

0 comments


SALAM untuk semua! Harap semua okey, ceria, gumbira serta tak lupa kepada Maha Pencipta. BS91 lambat sket masuk promo, biasalah... masalah teknikal masih belum settle sepenuhnya. Mac hakmilik opis yang selalu digunakan, yang telah menelan sebahagian job BS91 masih belum pulih sepenuhnya. Sebelum nih guna OS 9.2, tapi sejak ia meragam tu, alang-alang try la masuk OS X 10. Upanya sistem tu tak berapa stabil. Sekali check punya check, rupanya sistem ni ala-ala percubaan punya version. Patut la tak berapa stabil. Tapi dah alang-alang guna tu rasa cam best pulak, walaupun tak berapa stabil.

Kat atas nuu, cover BS pink kaler jiwang ding dong ahhhhh! Ni kira edisi kelam-kabut tahap ribut gak la nak menyiapkannya. Maklumlah dengan tenaga ciput. Apa ntah yang besh kali nih. Aha, ada siri baru karya She, kartunis awek yang sentiasa dapat kiriman salam daripada ntah siapa-siapa ntah.

Kalau korang nak tengok-tengok dulu promo BS91 nih, korang buleh la tengok dekat BLUES2U.

Sunday, January 15, 2006

BS #90 | ARGHHHHHHH!!!

2 comments


Salam blues untuk semua... assalamualaikum!

BS #90 dah siap dah, tapi tak larat nak buat promo awal. Promo pun lebih kurang jer arr eh. Isu ni memang isu yang ARGHHHHHHHH! sebab masalah datang tak terduga. Hmm, tapi takper itu dah memang hukum alam. Mana ada hidup yang tak dilanda masalah.

Benda ni dah dua kali berlaku. Pagi, macam biasa masuk opis terus ON komputer. Sekali apahal nampak slow macam siput? Bila semuer dah ON, check la folder-folder yang ada untuk sambung keje.

SEMUA DOCUMENT HILANG!

Segala design, segala layout, segala artikel, baik yang sebelum-sebelum ini mahu pun yang sedang 'dikerjakan' ghaib! Masa tu BS#90 dan lebih 50% dah disiapkan, cuma tunggu nak copy masuk CD antar wat fllm. So, tak usah dicarilah semua yang ghaib tuh, sbb memang tak jumpa. Macam kes yang dulu gak. Tak dapat nak settle kan problem nih sebab mungkin berkait ngan server. Cuma dalam semua komputer yang ada kat opis nih, yang link ngan server... sebijik ni jer la yang habis 'disedut' segala job.

Hmm, kene pulun lagi sekali! Masalah lagi... segala software pun kene sedut. Nampak gaya kene install system semula. Maka, terpaksalah menyiapkan keje kat umah, guna komputer hak milik sendiri. Best jugak buat keje kat umah... boleh berguling-guling!

Itulah teknologi... tetap tak mampu menandingi ciptaan Maha Pencipta.

 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com