Thursday, August 17, 2006

Kita Harus Merasai Kekecewaan Itu...


dengan izin yang Maha Pemurah, kita bertemu 'sesuatu' di antara waktu.

sebenarnya, sudah banyak kali dikatakan dan ditanyakan tentang apakah yang kita sekalian hamba ini cari dalam hidup dan kehidupan ini. macam-macam! ada sejuta satu jawapan. semahunya kita sekalian hamba ini inginkan yang terindah dan yang terbaik.

namun, mampukah kita mencapai dan mengecapi seluruh keindahan yang ada?

kita sekalian hamba ini belum lagi berada di syurga! kita sekalian hamba ini masih lagi menyedut udara di alam fana, yang seluruhnya hanya sementara kecuali Maha Pencipta. kegembiraan, kesenangan, kemewahan, dan segala macam hal yang mampu membuat kita tersenyum lebar merupakan satu anugerah dan kurniaan. sebolehnya kita sekalian hamba ini mahu kekal dalam dunia senyum itu.

tetapi, kita sekalian hamba ini sekali lagi harus sedar bahawa, kita bukan berada di syurga!

apa juga rasa dan perasaan yang kita sekalian hamba alami ketika ini, juga merupakan satu anugerah daripada Maha Pencipta. memang tidak ada sesiapa di antara kita sekalian hamba ini mahu duduk dalam kemurungan. tetapi, oleh kerana kita hamba ini belum lagi berada di syurga... redha menerima yang pahit merupakan satu kaharusan.

ya, mana mungkin kita sekalian hamba ini akan sentiasa tersenyum, kerana kita belum lagi berada di syurga.

sebagaimana kita harus berpisah jua akhirnya dengan orang-orang tersayang, dengan sesuatu yang kita miliki dengan penuh kerelaan serta redha, biar pedihnya bukan kepalang. kita sekalian hamba harus menerima dengan redha dalam dua perkara, yakni menerima kegembiraan, jua harus menerima kesedihan. ini hukum hidup dan kehidupan alam fana, setiap yang bermula pasti akan ada akhirnya!

mulai hari ini, kita sekalian hamba harus bersedia untuk menerima kekecewaan!

jumpa lagi, insya-Allah...
wassalam!

1 comments:

Hajar on 3:18 AM said...

semoga lebih tabah melalui ujian hidup ini...kami sentiasa mendoakan yang terbaik dan berharap suatu 'keajaiban' bakal berlaku. Insya Allah..Amin...

 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com