Allah menguji setiap manusia dengan ujian yang beragam jenis. Akan tetapi, Dia tak pernah membebani kita hamba ini melebihi apa yang kita mampu. Ini adalah janji Allah.
"Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang soleh, Kami tidak memikulkan kewajipan kepada diri seseorang melainkan sekadar kesanggupannya, mereka itulah penghuni-penghuni syurga; mereka kekal di dalamnya." (QS. Al A'raaf, 7: 42)
Penyakit, kecelakaan, dan segala macam bentuk ujian yang dihadapi kita hamba ini dalam kehidupan dunia, adalah dalam batasan kemampuan kita untuk mengatasinya. Dalam beberapa peristiwa, kita hamba ini boleh saja merasa telah melakukan segala yang memungkinkannya keluar dari masalah, namun kita tidak juga bertemu jalan keluar. Kerana lalai bahawa pasti ada kebaikan dalam peristiwa tersebut, kita hamba ini memberontak dan marah. Ini adalah tanggapan tak berguna yang ditiupkan oleh syaitan. Apa pun yang dihadapinya dalam hidup, seorang hamba yang ikhlas harus tetap ingat bahawa kita dihadapkan dengan keadaan yang di dalamnya kita dapati kebajikan dan kesabaran. Jika kita putus asa, itu hanyalah tipu helah syaitan. Maha Pencipta memerintahkan hamba-Nya untuk tidak berputus asa.
"Dan tidaklah mereka mengetahui bahawa Allah melapangkan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang dikehendaki-Nya? Sesungguhnya, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang beriman. Katakanlah, 'Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya, Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya, Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi).'" (QS. Az Zumar, 39: 52-54)
Seorang hamba yang menerima dan berusaha menetapi perintah Allah tersebut mengetahui bahawa dari kebaikan akan timbul kebaikan pula. Seorang hamba yang putus asa akan sendirian di dunia ini dan tidak mempunyai jalan keluar. Allah mengatakan kepada kita sekalian hamba bahawa mereka yang putus asa terhadap kasih Allah adalah orang-orang yang tidak beriman.
"…dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya, tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir." (QS. Yusuf, 12: 87)
Dalam menetapi perintah Allah, seorang hamba harus mencuba mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang apa yang terjadi di sekitarnya melalui renungan. Ketika seorang hamba menemukan kesulitan, kesulitan itu membuatnya sedar bahawa ada kebaikan di dalamnya dan memastikan bahawa dalam tempoh cubaan itu akan menjadikannya bersemangat, sabar, pemurah, setia, tekun, pengasih, dan penuh pengorbanan. Sikap sabar, bijaksana, cerdas, tenang, memaafkan, menyayangi, semuanya menunjukkan tahap kemuliaan seorang hamba dan menawarkan kebahagiaan kepada hamba yang hanya didapatkan dari keimanan.
Monday, August 28, 2006
Saturday, August 26, 2006
Seratus Lima!
“Mengapa kita diberi dugaan dan ujian sedemikian berat? Apa maksud dari semua ini?”
Jika kita sekalian percaya dan yakin akan adanya Maha Pencipta, maka kita sekalian hamba juga harus yakin bahwa DIA-lah yang menguasai segalanya, tidak harus disoalkan lagi!
Kekuasaan dan Keadilan-NYA adalah mutlak. Dan bukanlah DIA yang ‘bersalah’ jika kita sekalian hamba ini mendapat takdir, yang bagi kita terasa buruk. Cara pandang kita sekalian hamba atas sesuatu tidak selalu sama dengan cara DIA memandang. Semua ini adalah kerana keterbatasan kita sebagai hamba, yang berilmu sedikit dan yang sering tergesa-gesa dalam membuat kesimpulan.
Kita melihat bahawa dugaan dan ujian adalah hal yang buruk bagi kita. Tapi dari pandang Maha Pencipta, boleh jadi itu adalah pelajaran buat kita. Jika yang kita lihat hanyalah hal-hal yang buruk, itu kerana kita memilih untuk membiarkan hal itu tetap sebagai nasib buruk di mata kita. Jika kita menghadirkan-NYA, mengimani keagungan-NYA, ke-Maha Sucian-NYA, maka kita mampu merubahnya menjadi kebaikan, bahawa DIA mempunyai tujuan mulia atas semua kehendak-NYA.
Maka sebaiknya kita sekalian hamba tidak menganggap takdir kita sebagai suatu yang buruk, suatu nasib sial! Hal itu hanya akan menghancurkan kita sendiri, membawa kita ke dalam kehidupan yang murung, penuh penyesalan, penuh kekecewaan, penuh keluh-kesah. Kemudian kita akan mempersoalkan kewujudan Tuhan. Kerana DIA tidak menjawabnya, akhirnya hanyutlah kita hamba ini ke dalam keputusasaan. Dalam keputusasaan tanpa arah dan tanpa petunjuk yang dapat diyakini, kita hamba ini lebih mudah terjerumus ke jurang yang lebih dalam. Padahal sebenarnya kita tahu cahaya itu ada di sana, dan tetap ada di sana. Tapi kita mengabaikannya, dan menganggap cahaya itu bukan untuk kita.
Kita hamba ini kadang terlalu egois, menginginkan kehidupan di dunia yang penuh kenikmatan, tapi tidak mahu memaksa diri untuk berjuang, bermujahadah demi mendapatkan sesuatu yang jauh lebih baik. Seharusnya kita ingat Maha Pencipta tidak pernah menjanjikan bahawa kehidupan di dunia akan penuh dengan kebahagiaan dan kenikmatan. Tidak pernah! DIA menjanjikan kehidupan bahagia yang kekal di sana nanti. Jadi bersedialah menghadapi kehidupan dunia yang sukar.
Sebenarnya kita tidak boleh membandingkan antara satu dugaan dengan dugaan yang lain. Tiap dugaan mempunyai hikmah tersendiri. Mungkin kita melihat seseorang yang hidupnya sangat senang tanpa dugaan, di mata kita orang itu mendapat ujian yang sangat ringan dari-NYA. Padahal di mata-NYA orang tersebut mendapat dugaan yang berat, kerena DIA sedang menguji sejauh mana orang tersebut mampu bersyukur dan menggunakan segala kemudahannya untuk lebih rajin beribadah. Dan hal itu sesungguhnya lebih berat, kerana dugaan tersebut tidak nampak di depan mata, sehingga orang lebih sering melalaikannya.
Maka itu terimalah dugaan ini dengan hati yang lapang. Berjuanglah mengatasi dorongan hati yang buruk. Dan jangan mempersoalkan Maha Pencipta! Dugaan ini diberikan untuk menjadikan kita sebagai hamba yang berdarjat tinggi, yang tidak tunduk kepada nafsunya, yang memuliakan Maha Penciptanya.
Thursday, August 17, 2006
Kita Harus Merasai Kekecewaan Itu...
dengan izin yang Maha Pemurah, kita bertemu 'sesuatu' di antara waktu.
sebenarnya, sudah banyak kali dikatakan dan ditanyakan tentang apakah yang kita sekalian hamba ini cari dalam hidup dan kehidupan ini. macam-macam! ada sejuta satu jawapan. semahunya kita sekalian hamba ini inginkan yang terindah dan yang terbaik.
namun, mampukah kita mencapai dan mengecapi seluruh keindahan yang ada?
kita sekalian hamba ini belum lagi berada di syurga! kita sekalian hamba ini masih lagi menyedut udara di alam fana, yang seluruhnya hanya sementara kecuali Maha Pencipta. kegembiraan, kesenangan, kemewahan, dan segala macam hal yang mampu membuat kita tersenyum lebar merupakan satu anugerah dan kurniaan. sebolehnya kita sekalian hamba ini mahu kekal dalam dunia senyum itu.
tetapi, kita sekalian hamba ini sekali lagi harus sedar bahawa, kita bukan berada di syurga!
apa juga rasa dan perasaan yang kita sekalian hamba alami ketika ini, juga merupakan satu anugerah daripada Maha Pencipta. memang tidak ada sesiapa di antara kita sekalian hamba ini mahu duduk dalam kemurungan. tetapi, oleh kerana kita hamba ini belum lagi berada di syurga... redha menerima yang pahit merupakan satu kaharusan.
ya, mana mungkin kita sekalian hamba ini akan sentiasa tersenyum, kerana kita belum lagi berada di syurga.
sebagaimana kita harus berpisah jua akhirnya dengan orang-orang tersayang, dengan sesuatu yang kita miliki dengan penuh kerelaan serta redha, biar pedihnya bukan kepalang. kita sekalian hamba harus menerima dengan redha dalam dua perkara, yakni menerima kegembiraan, jua harus menerima kesedihan. ini hukum hidup dan kehidupan alam fana, setiap yang bermula pasti akan ada akhirnya!
mulai hari ini, kita sekalian hamba harus bersedia untuk menerima kekecewaan!
jumpa lagi, insya-Allah...
wassalam!
sebenarnya, sudah banyak kali dikatakan dan ditanyakan tentang apakah yang kita sekalian hamba ini cari dalam hidup dan kehidupan ini. macam-macam! ada sejuta satu jawapan. semahunya kita sekalian hamba ini inginkan yang terindah dan yang terbaik.
namun, mampukah kita mencapai dan mengecapi seluruh keindahan yang ada?
kita sekalian hamba ini belum lagi berada di syurga! kita sekalian hamba ini masih lagi menyedut udara di alam fana, yang seluruhnya hanya sementara kecuali Maha Pencipta. kegembiraan, kesenangan, kemewahan, dan segala macam hal yang mampu membuat kita tersenyum lebar merupakan satu anugerah dan kurniaan. sebolehnya kita sekalian hamba ini mahu kekal dalam dunia senyum itu.
tetapi, kita sekalian hamba ini sekali lagi harus sedar bahawa, kita bukan berada di syurga!
apa juga rasa dan perasaan yang kita sekalian hamba alami ketika ini, juga merupakan satu anugerah daripada Maha Pencipta. memang tidak ada sesiapa di antara kita sekalian hamba ini mahu duduk dalam kemurungan. tetapi, oleh kerana kita hamba ini belum lagi berada di syurga... redha menerima yang pahit merupakan satu kaharusan.
ya, mana mungkin kita sekalian hamba ini akan sentiasa tersenyum, kerana kita belum lagi berada di syurga.
sebagaimana kita harus berpisah jua akhirnya dengan orang-orang tersayang, dengan sesuatu yang kita miliki dengan penuh kerelaan serta redha, biar pedihnya bukan kepalang. kita sekalian hamba harus menerima dengan redha dalam dua perkara, yakni menerima kegembiraan, jua harus menerima kesedihan. ini hukum hidup dan kehidupan alam fana, setiap yang bermula pasti akan ada akhirnya!
mulai hari ini, kita sekalian hamba harus bersedia untuk menerima kekecewaan!
jumpa lagi, insya-Allah...
wassalam!
Thursday, August 10, 2006
Dugaan Itu Indah
dengan penuh kesyukuran kepada Maha Pencipta, atas segala kurnia-Nya.
salam blues untuk semua... moga sekalian di antara kita sentiasa di bawah lindungan-Nya, diberkati, dilimpahi rahmat dan kebaikan dunia akhirat.
penat! ini bukan keluhan, bukan jua melepas rasa tidak bersyukur dengan apa yang ada dan dengan apa yang dilalui. setiap di antara kita, akan ada pada waktu-waktu tertentu akan berasa cukup penat, lelah, letih, dan segala macam rasa yang sukar digambarkan. mungkin kita hanya boleh katakan, "Cukuplah semua ini!"
kita sekalian hamba ini telah dijadikan dengan had-had kemampuan tertentu. setiap di antara kita kemampuannya tidak akan sama, kerana semua ini sebagai menggambarkan akan kekuasaan Maha Pencipta. bahawa, Dia menciptakan setiap hamba-Nya dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing.
apa yang kita miliki, mungkin tidak dimiliki oleh orang lain. dan, begitulah sebaliknya. kerana apa Maha Pencipta menganugerahkan sesuatu yang berbeza kepada datiap hamba-Nya? kerana... hal ini akan membuatkan kita saling bantu membantu, saling perlu memerlukan di antara satu sama lain. Dia mahu kita sekalian hamba ini bersatu mencapai kebahagiaan baik di dunia mahupu akhirat.
alhamdulillah, sekali lagi BS104 mampu disiapkan dalam masa yang ditetapkan, walaupun sebenarnya dateline cukup ketat, cukup padat, dan cukup singkat! kekurangan itu suatu kelebihan - inlah yang selalu difikirkan, yang selalu disebutkan di dalam hati untuk memberi rangsangan kepada diri sendiri, terutama apabila tiba waktu-waktu kemuncak tekanan! yang sedikit pasti boleh melakukan sesuatu dengan banyak, kalau berkehendak melakukannya!
namun, selagi kita sekalian hamba ini hidup dalam satu kelompok... makanya, kita akan dapat melihat kepelbagaian dalam segala macam hal. segala ini untuk renungan kita, andai mahu merenungkannya, mengambilnya sebagai iktibar, menjadikannya sebagai pemacu semangat dan segala sifat serta pemikiran positif. kita akan lihat, ada di kalangan kita yang bertindak di luar dugaan dengan tiba-tiba, yang mampu membantutkan kelancaran pergerakan. akan ada pula yang akan mempamerkan sikap-sikap negatif, yang boleh melemahkan semangat yang lain.
itulah namanya hidup dan kehidupan di dunia. ada sejuta satu (atau entah berapa jumlahnya) macam kerenah, sifat, sikap, tindakan dan sebagainya. mudah-mudahan kita sekalian hamba ini tidak mudah melatah dengan sesuatu yang datang untuk melemahkan. moga ia menjadikan kita sekalian hamba semakin kuat!
ada waktu, kita perlu menangis... menangislah untuk melepas sedih. ada waktu, kita perlu mengeluh... mengeluhlah untuk membuang rasa lelah.
terima kasih tidak terhingga kepada adik-adik forumer BS yang sudah jadi sebahagian keluarga ini. yang sentiasa ada untuk mendengar 'kesengalan' karyawan, yang ada untuk terpaksa mendengar keluhan, dan entah apa-apa lagi. kita jumpa pada gath yang akan datang!
untuk rakan-rakan seperjuangan, teruskan selagi ada peluang dan kesempatan. yang berundur di pertengahan jalan... terima kasih jua untuk kalian.
Tuesday, August 01, 2006
Yang Mudah Tapi Susah
bismillahhirahmanirahim...
syukur dengan seluruh anugerah dan kurnia-Mu, Maha Pencipta.
salam blues untuk semua sekalian hamba. moga hari ini hidup dan kehidupan kita lebih baik dari semalam, dan kita sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik pada masa mendatang, insya-Allah.
seringkali kita dengar, bahawa untuk melaksanakan sesuatu tidaklah semudah melafazkannya. jadi, bagaimana pula boleh terbit ungkapan hidup ini mudah, hidup ini indah andai segala sesuatu yang ingin dilakukan bukanlah mudah?
banyak di antara sekalian kita terlalu mudah menghurai sesuatu itu mengikut sudut pandangan yang sempit. tidak mahu membuka mata (hati) seluas-luasnya sebelum membuat kata putus bahawa sesuatu itu memang tak ada yang mudahnya. segala hal ini berkait dengan niat, keinginan dan usaha setiap di antara kita.
Fikirkan Boleh
Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu
Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan
Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh
Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh
boleh! itu yang harus kita sekalian hamba set dalam minda apabila ingin melakukan sesuatu, terutama apabila kita mula diganggu oleh rasa ketidakyakinan. soalnya di sini bukanlah berhasilnya sesuatu yang kita lakukan (memang semua orang ingin menikmati hasil yang bagus), tetapi tentang kesungguhan melakukan sesuatu itu.
dalam situasi ini kita harus berbalik kepada, 'kita hanya mampu merancang, Tuhan menentukan segalanya'. ini bukan bermakna kita berserah bulat-bulat, kerana itu sudah menjadikan kita sebagai hamba pemalas, tidak mahu berusaha, negatif dan seumpamanya! dalam apa jua, kita harus mulakan dengan niat, kemudian usaha yang bersungguh-sungguh dan kita hamba ini juga harus berdoa agar usaha itu berhasil dengan sebaiknya di samping berserah dengan segala kemungkinannya nanti.
ingat! tak ada sesuatu yang diperolehi dengan 'percuma'. walaupun Maha Pemurah begitu banyak memberi kepada kita sekalian hamba ini, kita cuma diminta perlu mengikut apa suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. pun begitu, sesuatu yang begitu mudah yang diminta oleh-Nya, ramai tak mampu melaksanakannya.
jangan menyusah sesuatu yang sebenarnya mudah. tetapi jangan terlalu ambil mudah dengan hal-hal kelihatan mudah. jumpa lagi, wassalam...
Subscribe to:
Posts (Atom)