Thursday, July 27, 2006

Rentak Seratus Tiga!



salam blues untuk semua!!!

ini rentak seratus tiga... rentak yang semakin memeningkan kepala! macam mana pun, alhamdulillah... syukur kepada Maha Pemurah kerana terus memberi kesempatan untuk kita semua bersua di alam sementara ini. juga kerana dengan Pemurahnya, dengan izin-Nya terus memberi ruang rezeki dalam bidang ini.

seratus tiga sebenarnya memberi rentak yang agak berlainan dari yang sebelumnya. ada sedikit kelegaan dari beban-benab yang dipikul sebelum ini. malah, ada ruang untuk menarik sedikit nafas lega. pun begitu masa terus cemburu, masa terus merantai kerana setiap minggu akan berdepan dengan dateline!

seratus tiga yang berwarna oren ini akan berada di pasaran, bermakna makhluk-makhluk di sini sudah memulakan seratus empat! selain itu sesiapa yang berkelapangan, pergilah ke Pesta Buku Selangor, di Kompleks PKNS, Shah Alam. Insya-Allah ada rezeki sambil-sambil cari-cari buku, boleh jumpa kartunis-kartunis yang ada di sana.

setiap kali bangun pagi, setiap kali memulakan hari baru... apa yang biasa kita fikirkan? adakah kita akan memikirkan hal-hal hidup dan kehidupan semalam yang telah berlalu. atau, kita bangun dengan memikirkan hidup dan kehidupan yang bakal ditempuhi?

hidup ini mudah... betul ke? kalau mudah kenapa ramai yang mengeluh? itu tak kena, ini tak kena. segalanya tak cukup, segalanya tak selesa! sebenarnya kita hamba ini telah dianugerahkan dengan macam-macam oleh Maha Pemurah, makanya apa lagi yang kurang?

hati kita sekalian hamba inilah yang selalunya berasa tak berkecukupan. hidup ini susah kerana kitalah yang menjadikannya susah. kita terlalu memikirkan ingin segala yang sempurna, sedangkan kita ini memang tak sempurna. memang kita hamba ini sebaik-baik kejadian, tetapi bukan sempurna. apapun dalam hidup dan kehidupan ini, kita harus mencari dan menjadi sesempurna mungkin.

carilah yang terbaik untuk menjadi lebih baik daripada apa yang ada sekarang! cubalah belajar untuk berasa cukup dengan apa adanya. sebagaimana Maha Pencipta tidak memberi dugaan yang tak mampu kita hamba ini pikul, begitu juga Dia akan memberi sesuatu yang sentiasa berkecukupan untuk hamba-hamba-Nya. cuma, kita sekalian hamba-Nya ini saja yang sentiasa berasa TAK CUKUP!

segalanya di dalam hati… kalau di situ berasa sudah cukup, maka cukuplah ia. cukuplah setakat ini dulu, lain kali sembang lagi. wassalam…

1 comments:

-<@ * Liana * @>- on 5:43 PM said...

Ha?! Dah kuar edisi 103? La...cepatnyer..baru je beli edisi 102 minggu lepas. Tu pun tak habis baca lagi. Isk, mesti beli yg lagi satu nih.

 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com