alhamdulillah, syukur dan terima kasih kepada Maha Pencipta... kerana masih menganugerahkan kita sekalian hamba ini hidup dan kehidupan yang aman serta nyaman.
salam blues untuk sekalian hamba Maha Pencipta! semalam yang kita tinggalkan tak akan mampu kita undur dan putar kembali. yang ada hanya renetan peristiwa yang terakam dalam minda. andai kita hamba ini mahu memutarnya, ia hanya sekadar sebuah gambaran dan kenangan. kita tak mampu berada dalam kenangan dan gambaran itu semula! sama ada memori gembira atau sebaliknya, kita hamba ini tak mampu untuk menambah atau menguranginya. segala yang berlalu pada hari semalam akan terus begitu catatannya.
syukurilah... kalau kita hamba ini gembira dengan hidup dan kehidupan semalam yang telah kita lalui. mudah-mudahan hari ini dan esok, kita hamba ini akan cuba untuk mencapai hidup dan kehidupan yang lebih baik lagi. berusahalah, berdoalah, bertawakallah kepada-Nya.
syukurilah... andai semalam meninggalkan kesan hitam, mengguris luka, atau membuat kita sekalian hamba ini menangis merintih. kedukaan dan kelukaan adalah dugaan. jangan selalu menganggap dugaan itu sebagai satu seksaan. ia adalah hadiah dan tanda kasih sayang Maha Pencipta kepada kita hamba ini. DIA yang sentiasa mengingati kita, lalu memberi 'sesuatu' itu mungkin atas dasar 'kesombongan' kita hamba ini kepada-Nya. mungkin kita agak 'melupakan-NYA', terbuai dengan terlalu banyak nikmat dan anugerah yang DIA berikan.
moga, hari ini dan seterusnya (insya-Allah) kita semakin memperbaiki 'hubungan' dengan si DIA yang 'semakin renggang'.
SIAPALAH KITA
wahai Maha Agung
yang memberi cinta segunung
yang menyalur sayang tak terhitung
yang memapah tatkala aku tersadung
yang menyuluh ketika pandanganku terlindung
akukah hamba tak tahu diuntung
kerana menepis huluran cinta agung?
atau, akukah hamba yang sombong
kerana berpaling ketika KAU merenung?
wahai Maha Penyayang
nikmat-MU tak pernah kukenang
air mata syukurku tak pernah berlinang
lalu ketika hatiku tak pernah tenang
dosa dan noda jua yang kurenang
aku hamba hina tak layan disayang!
wahai Maha Pencipta
tatkala hatiku bersalut duka
pabila hidupku disirami air mata
ketika KAU mula menurunkah bala dan nestapa
aku hamba-MU baru mahu buka mata
lalu, masihkah pintu-MU terbuka?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
wah rajinnya abang update blog sekarang ye? teruskan usaha...terima kasih kerana berkongsi 'sesuatu' dengan kami...
Post a Comment