assalamualaikum... salam blues!
"bersawang blog abang!" kata sebahagian adik-adik yang terlalu rajin membuat lawatan blog ke blog. hehehe... alasan biasa, "sibuk dik..." alasan luar biasanya, saja nak tunggu esok lusa bila BS 103 dah masuk printing baru nak up-date blog!
sebenarnya, BS 103 dah settle dah... macam biasalah setelah memaksa diri untuk tidak berapa cukup tidur. setelah dicongak-congak sejak 20 tahun lalu, bila masanya ntah dapat tidur yang cukup. dulu masa memula kerja rajin jer tidur bawah meja (macam pac sekarang la). pagi balik rumah mandi, tukar baju jer.
beberapa hari lalu masa mr. yong datang nak collect art-work, sembang-sembang pasal umur. umur tengah 'sedap-sedap' gini biasanya banyak benda yang dulu biasa kita lakukan dah tak berapa boleh dilakukan lagi. kalau dulu boleh mengadap pc 24 jam... siang malam, tapi sekarang nih mata pun dah panda protes! agak-agak dah over jer, mula la mata berair. tandanya nak suruh tidur atau rehat la tu.
life begins at 40! tapi, mungkin juga berakhir dalam usia begini, kan? Maha Penciptalah yang Maha Mengetahui akan segalanya. Dia-lah yang mengatur hidup dan kehidupan kita sekalian hamba ini. usia bukan penghalang, usia bukan satu alasan... apapun sebenarnya, semakin meningkat usia hendaknya semakin matang dalam segala perbuatan, termasuk amalan.
bertambah usia, bermakna berkurangnya baki yang bersisa. 'subsidi' dari Maha Pencipta pun kita tak tahu berapa yang ada.
untuk adik-adik yang sedang kuat bekerja, bekerjalah berpada-pada. susun dan aturlah masa demi masa depan yang selesa. memang, orang kata kerja keras selagi muda, selagi ada tenaga. tetapi, Tuhan menjadikan kemampuan manusia ada batasannya. jangan melanggar hukum kehidupan itu kerana mungkin memberi impak yang kurang bagus ketika usia semakin meningkat dewasa (tua!).
kerja tetap kerja, itu satu keperluan. kerja dunia itu biarlah yang seiring dengan sisi akhiratnya, kerana hidup di dunia untuk kehidupan akhirat. mungkin ketika ini kita berfikir, semua itu nanti-nanti boleh kita lakukan. tetapi percayalah, masa 24 jam sehari semalam yang diperuntukkan untuk kita itu akan sentiasa TIDAK CUKUP apabila kita seniasa 'mengejar' sesuatu, terutamanya keduniaan.
balajarlah membelai hati dan perasaan untuk menerima segala sesuatu apa adanya. didiklah hati agar sentiasa untuk positif walau dalam apa jua keadaan. seseorang pernah berkata, 'dalam sesuatu yang buruk itu tetap ada cantiknya kalau kita mampu melihat dengan mata hati'. dan, jangan pula lupa bahawa, 'dalam sesuatu yang cantik itu akan ada juga buruknya, tetapi kita baiki semampunya'.
jangan sampai suatu hari nanti kita berkata, "akukah yang terlewat?" sedangkan ketika itu segala pintu telah tertutup rapat! jumpa lagi, wassalam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
apa yang ko merepek ni wahai perindu... dengan ayat takde koma, takde titik... sepatah harap tak faham. dewan bahasa elok saman orang macam ni. huhuhu...
rasanya dia baru turun bukit perindu tu, sesat agaknya...
anyway, memang ada betulnya posting abang yang nih...huhu...terasa plak...
Post a Comment