Bayangkan kita berada di dalam sebuah lubang yang dalam, dan seseorang mulai menyekop tanah dan melemparkannya ke dalam lubang tempat kita berada. Apa yang akan kita lakukan?
Apakah kita akan menyerah dan berserah untuk dikuburkan, ataukah kita akan naik ke atas setiap tanah yang dilemparkan hingga suatu masa nanti kita boleh keluar dari lubang itu? Semua itu bergantung pada cara pandang kita terhadap tanah yang dilemparkan. Apakah sebagai sesuatu yang akan mengubur kita, atau sesuatu yang membantu kita naik.
Pendek kata, ini semua adalah masalah sikap dan pandang. Setiap hari, masalah, rasa kekecewaan, dugaan, dan ketidakpastian - dilemparkan ke arah kita. Kita akan terkubur di dalamnya, bila kita hanya berdiam diri. Atau, semua itu dapat mengangkat kita ke tingkat yang lebih tinggi.
Apa yang kita pilih? Apakah akan berdiam diri dan terkubur, ataukah naik dan terangkat? Tentukan pilihan kita hari ini...!
Wednesday, May 31, 2006
Sunday, May 28, 2006
> Arghhh! Siap Jugak #99!
Salam Blues 99! Harapnya korang sentiasa bahagia, sentiasa di bawah naungan-Nya, serta mendapat keberkatan. Aminn...
Alhamduluillah... setelah tunggang-langgang dan macam nak koma lagi, akhirnya BS#99 siap jugak. Entah kenapa, BS#99 ni lain macam sket nak menyiapkannya. Kebetulan... mungkin juga memang dugaan yang diberikan-Nya untuk membuat kami sentiasa sedar bahawa kami ini insan biasa.
Kebelakangan ini, jika dilihat memang banyak majalah di pasaran, tak kira apa konsep dan bentuknya. Melihat ini, ia seperti suatu perkembangan baik dalam industri ini. Benarkah? Mungkin mata kasar kita melihat begitu, sedangkan hakikat sebenar adalah sebaliknya.
Pasaran sakit! Itu yang dapat dilihat, dan itu adalah kenyataan. Apakah rakyat Malaysia semakin malas membaca (walaupun bahan bacaan ringan seperti majalah kartun & komik)? Atau mereka hanya membaca bahan bacaan berat dan berisi? Atau mereka sudah kurang peruntukan untuk membeli bahan bacaan ekoran kenaikan kos sara hidup yang lain. Hal ini terpaksa mereka membuat pilihan. Andaikan begini, harga Blues Selamanya senaskhah RM4.50, walaupun hanya perlu mengeluarkan RM9.00 sebulan, namun mungkin dengan jumlah itu mereka nak beli benda lain yang lebih perlu.
Pasaran semakin kecil, semakin sempit! Di samping itu dengan kepelbagaian cara hidup sekarang membuat semakin ramai yang tak peduli untuk 'buang' masa (atau buang duit) beli majalah kartun/komik.
Hum, apakah industri ini akan semakin malap?
Saturday, May 13, 2006
Pengsan Tanpa Batasan!
Aku rasa dalam sejarah nak menyiapkan BS setiap keluaran sejak lebih kurang tiga tahun lepas ini antara isu yang paling NAK PENGSAN menyiapkannya! Hampir semua staff BS yang sejemput seciput ini kekurangan tidur, baik pada waktu malam mahupun siang hari. Ada pulak yang tak tidur dua hari sebab keje tak siap-siap. Rasa macam dah siap, tapi rupanya ada lagi...
Tetapi, keje mesti DISIAPKAN! Maka walau macam mana sekalipun caranya, siap tetap kene siap! Dan, Alhamdulillah setelah berjaya sampai tak ingat dunia, segalanya selesai dan dan masuk print pun. Insya-Allah takde apa-apa sehari dua lagi ada la jual kat kedai.
Rasanya, tak mampu nak bercerita apa-apa lagi untuk kali ini. Sekadar ini adanya untuk korang. Lepas ni BS99 dan BS100 pulak... humm, mudah2an okey jer.
Terima kasih kat adik-adik Forum BS yang sentiasa setia menemani kami keje siang malam. Malah, ada yang tumpang tak tidur semata-mata melayan kami melalui online. Muahhh... sayang kat korang! Mudah-mudahan korang hidup bahagia dunia akhirat... aduh, terharunya... syahdu la pulak!
Thursday, May 04, 2006
Kasih Sayang-NYA
Marilah kita renung ke dalam diri kita. Pernahkah kita mengalami keadaan di mana kita dihadapkan dengan permasalahan yang begitu besarnya (menurut kita) sehingga kita takut, gelisah dan berprasangka buruk kepada Allah? Pernahkah kita mengalami satu permasalahan yang mana kita merasa bahawa kita ditinggalkan oleh-Nya?
Jika pernah, yakinlah bahawa kita sedang diuji oleh Allah. Allah menguji sejauh mana keimanan kita. Sejauh mana keyakinan kita kepada Allah yang Maha Pelindung. Sejauh mana kepasrahan kita sebagai hamba kepada Allah Maha Pencipta.
Yakinlah bahawa satu kesusahan diapit oleh dua kemudahan. Yakinlah bahawa sesudah kesusahan insya-Allah pasti ada kemudahan. Berprasangka baiklah kepada Allah, kerana Dialah yang Maha Mengetahui selok-belok diri hamba-hamba-Nya. Dan yakinlah bahawa Allah adalah Maha Pengasih dan Maha Penyayang yang tidak akan pernah mendzalimi hamba-hamba-Nya. Setiap ujian dan cubaan yang menghadapi diri kita dan kita ikhlas serta sabar menjalaninya maka Allah berjanji akan membalasnya dengan sesuatu yang teramat baik yang belum pernah kita menjumpainya atau bahkan belum pernah terbesit sedikitpun kebaikan itu dalam fikiran kita. Oleh itu, selamat menerima dan menjalani jamuan Allah, iaitu cubaan dan ujian hidup……

Subscribe to:
Posts (Atom)