Friday, September 09, 2005

date up-date 82


Puisi karya Zuril. Mungkin ramai yang berminat nak send puisi, tapi malu=malu kucing. Hantar jer, insya-Allah... kalau menepati citarsa akan kami pilih. Apa yang penting, ringkas dan padat bermakna. Jiwang lagilah bagus! Cadangan Geoream boleh dipertimbangkan. Mungkin nanti kita buat Sayembara Puisi Jiwang pulak...





Yang ni macam biasalah, penghias segmen PHWEET!SWEET. Ilustrasinya hasil sentuhan Fazrul, manakala puisi jiwangnya karya SANGBOGOROYO!





CerpenBlues, sentiasa buka peluang untuk penulis baru cuba, tunjuk dan asah bakat. Alhamdulillah, ramai yang sudi menghulur karya. Bagus-bagus belaka dengan penyampaian dan gaya tersendiri. Minggu lepas sembang-sembang ngan penulis novel bersiri Air Mata Fia Ezira, Ruslan Ngah... so, dia cadangkan ruangan cerpen ni kita jadikkan SAYEMBARA. Bukanlah tujuan nak tunjuk orang ni bagus orang tu kurang... tapi mudah-mudahan dengan menjadikannya SAYEMBARA, akan menambahkan lagi semangat penulis-penulis muda nak mencuba bakat serta mempertingkatkan mutu karya diorang. Ada hadiah ke? Hmm, insya-Allah... kami akan usahakan sesuatu yang berbaloi. So, lepas ni kalo korang nak join hantar cerpen tolong sertakan biodata lengkap, alamat surat menyurat, no. telefon dan lain-lain hal yang dirasakan perlu serta dapat membantu. Tema bebas, tapi sebaiknya biarlah bertemakan kasih sayang. Ingat, kasih sayang itu luas pengertiannya. Panjang karya? Hmm... korang agak-agaklah dalam tak lebih dari 8 muka surat (A4). Macam mana nak hantar? Digalakkan hantar melalui e-mail. Atau korang boleh hantar melalui pos ke alamat:- CERPENBLUES, Majalah Blues Selamanya, No.22, Jalan USJ 21/4, 47630 UEP Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.





Siri dan karya terbaru Jakalll, Senno. Dah masuk siri ke dua dah pun. Citer Senno ni ada kaitan ngan siri Hattori High-School tu. Baca dan fahami sendirilah ye...





Final episode Worlds of the War, karya Stan. Lukisannya unik, ceritanya juga begitu... membawa korang ke alam fantasi, tapi kadang-kadang nampak macam realiti. Apa-apa jer lah!





Episod seterusnya Hattori High-School. Peminat-peminat Jakalll bolehlah melawat weblog dia http://jakalll.blogspot.com





Cinta kadangkala memang buat kita jadik gila! Kerana cinta kat komik, Pac pun sanggup buat kerja gila. Semata-mata nak datang opis MOY dia sanggup jalan kaki lebih dari 5km. Siapa tahu, dalam dok berjalan kaki itu Pac terserempak dengan awek cun, lalu dia jatuh cinta. Itu sudah bagus, kan? Love Makes Me Crazy menampakkan kematangan Pac.






Macam biasa, ini siri Eksperimentasi karya She. Sedar tak sedar siri ni dah tiba di pertengahan. So, macam mana agaknya Eksperimentasi She? Teruskan...






Ini ruangan baru untuk korang pembaca sumer. Sebenarnya, pada awal-awal keluaran ada ruangan Tangkap Lentok, di mana korang boleh hantar luahan rasa ker, catatan jiwang ker, puisi meleleh ker... ingat lagi? So, kiranya ruangan ni lebih kurang macam tu la. Dan, ada kemungkinan nak disatukan dengan ruangan Hanya Untukmu, insya-Allah. Jadiknya, jangan malu-malu join ruangan ni. Luahkanlah apa yang ada dalam hati korang...

0 comments:

 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com