Thursday, October 06, 2005

bumper2bumper! BS84


ASSALAMUALAIKUM... salam Ramadan untuk semua! Alhamdulillah, dengan izin-Nya BS Bumper Syahdu dah pun selamat 'dikerjakan'. Tak adalah nak cakap banyak-banyak pasal Bumper Syahdu, itu yang mampu dan mudah-mudahan semua mendapat 'sesuatu', kalau tak banyak sikitpun jadilah.


Terima kasih banyak-banyak kat semua yang terlibat menyiapkan Bumper Syahdu, secara langsung atau tidak langsung. Khusus, untuk Zairi Graphic, Jakalll dan Iera. Juga untuk Topan dan Stan (yang still maintain kualiti work walaupun ada waktu bekerja dalam keadaan tertekan. Pac (sebut PAK) yang sentiasa mahu belajar dan diajar, yang sentiasa sanggup untuk buat apa saja, yang still jalan kaki dari USJ 9 ke USJ 21! Mudah-mudahan BS dapat memberi 'sesuatu' yang dia cari, mudah-mudahan juga sukses terus. She yang tetap datang ke studio antar art-work walaupun sentiasa kena ngorat. V-key yang terus setia, yang tak pernah berubah arah walau apa yang berlaku setakat ini - terima kasih!


Kepada Bikash Nur Idris yang sudi menyumbang, kepada Ruslan Ngah yang terus berkarya. Juga Lolo, Mayangsari, A.Ubaidillah, Yalin dan lain-lainnya yang masih mahu menjadikan BS sebagai 'taman karya'. Tak lupa pada yang sentiasa memberi semangat dan sokongan terutama tatkala diri down - abang Bradermacho!


Untuk minggu ini memang tak berkesempatan nak up-date blog nih, kerana... selain isu Bumper Raya (BS84), kena gak siapkan BS85 dan BS86 sebelum cuti Aidilfitri nanti. Apapun, ini ada sikit untuk tatapan korang... tentang BS84!


Ini sambungan dan kesudahan kisah BRATAYUDA karya PAC.




Yang ini pulak karya Stan. Mari kita lihat kesan 'HANTU' terhadap hidup dan kehidupan. Tapi, ada ke hantu? Hehehehe...




Love Makes Me Crazy versi Aidilfitri. Macam mana la agaknya budak-budak nih sambut raya?




Untuk yang minat puisi-puisi lentok dan jiwang, satu lagi karya Sangbogoroyo...

0 comments:

 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com