Tuesday, April 11, 2006

BS96 : Hobi, Tanggungjawab Atau...





Salam Blues untuk semua! Jumpa lagi ngan nkorang... bermakna, kami dah selesaikan keluaran BS terbaru. Ya, petang tadi aku dah hantar kat printing! Tunggu la sehari dua lagi, ada la tu kat kedai... beli, jangan tak beli!

Macam biasa, sepanjang minggu lepas kami kerja macam nak koma. Semuanya digandakan menjadi berganda-ganda. Bukan lagi dua atau tiga kali ganda, tetapi lebih daripada itu. Mungkin pada zahirnya, BS Team nampak ramai... nampak saja ramai, tapi dalam studio ni cma ada empat lima orang penghuni tetapnya. Yang lain-lain tu sekadar deretan nama, sebagai freelancer, yang nak datang boleh datang, tak nak datang pun tak apa. Yang wajibnya, hanya hantar karya jangan kantoi dateline. Kantoi pun tak apa sebenarnya... aku carik bahan lain, sumbat dalam BS... derang jugak yang rugi, claim kurang.

Hobikah kerja ini? Atau tanggungjawab? Jangan jadikan kerja sebagai hobi, sebab nanti korang tak akan ada hobi lagi. Sanggupkah? Sanggup tak apa... Terutama kepada yang perempuan-perempuan, kerjalah sebagai menjalankan tanggungjawab atau keperluan hidup, jangan jadikan ia sebagai hobi. Sebenarnya, ada banyak lagi hobi lain yang korang boleh buat selain berhobikan kerja. Masak ke, membasuh ke, jaga anak buah ke, sapu laman rumah ke, tanam bunga ke... atau, tidur!

Kerana, apabila korang meletakkan kerja sebagai hobi dan no.1... banyak susahnya di masa mendatang. Jangan tanya apa susahnya, jangan jadikan ia hobi. Cukup!

Dalam tunggang-langgang menyiapkan BS96... dalam migrain, dalam tensen tak berpenghujung, mujurlah ada penghibur yang sedikit sebanyak dapat meredakan tensen kami. Terima kasih kat adik-adik yang dah join FORUM BS, dan tolong mengarut-ngarut melayan Team BS yang memang kaki karut.

Kalau masih ada yang belum ke sana... tengok-tengoklah.

Okeylah... jumpa lagi keluaran akan datang, insya-Allah. Ingat! Jangan jadikan kerja sebagai hobi. Carilah hobi lain...

1 comments:

iman yalin @ insan yalin on 5:27 PM said...

Bila bro rodin kata jangan jadikan kerja sebagai hobi..heheh kelakar pula rasa. Orait sifu, kata2 sifu itu benar tapi anak murid just konfius memasak, membasuh dan sebagainya itu kan tanggungjawab bukan hobi..salam dari anak murid. Dah lama baca baru hari ini nak membalas... Yalin

 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com