
Ni hah cover 95. Kepada yang dah beli tau dah kan... terima kasih, next issue beli lagi ye. Yang belum beli pegi-pegi la beli ye... baru blues. Maaflah, sebab lama tak update, dan promo 95 pun lambat. Biasalah, kalau nak bagi alasan... dah tentu sibuk. Atau paling tidak pun malas, hehehe...
Pesta Buku Antarabangsa pun dah selesai... Haa, tu salah satu alasan kenapa blog dan promo tak update. Terima kasih kat ngkorang yang sudi singgah kat booth MOY... sekadar singgah pun okey, apatah lagi tolong perabih stok yang ada. Mana-mana yang turun Sabtu dan Ahad, dapat la jumpa ramai kartunis... takper la bersesak-sesak sikit kan... setahun sekali. Panjang umur tahun depan jumpa lagi, insya-Allah.
Satu hal lagi, kalau rasa-rasa nak bersembang, atau merapu-rapu, atau bagi idea, cadangan atau apa saja, mai la singgah kat FORUM BS. Forum ni sebenarnya peringkat pembikinan lagi, tapi kami open jer untuk semua dah... Maklumlah, Geng BS tak ramai mana nak menguruskan... so, apa yang ada dulu dan kitorang upgrade slow-slow la ye...
Untuk pegi ke FORUM BS ngkorang boleh KLIK kat BUTTON ruang sebelah nih.

SALAM... lama dah tak update blog nih, kan? Bak kata orang, awang demi sawang memenuhi ruang. Bukan takde modal, bukan jugak malas... tapi? Kata apapun nanti orang kata alasan. So, tak payahlah kata apa. Hehehe... Sebenarnya tunggu masa nak ubah semua yang ada kat sini. Biar nampak lebih meriah, mebih pelbagai dan lebih bermanfaat untuk semua makhluk yang sudi singgah. Tunggulah yer... BLOG INI SEDANG DALAM PEYELENGGARAAN. KONTRAKTOR SEDANG BEKERJA!
0 comments:
Post a Comment