Wednesday, April 26, 2006

BS97 : Luahan Kasih Sayang

0 comments


Salam blues untuk semua!

BS97 dah selamat masuk printing, dan… seluruh kerabat team BS bolehlah tidur dengan cukup untuk sehari dua nih. Boleh juga membetulkan urat-urat pingang yang bersimpul lenguh-lenguh di bahu dek banyak sangat duduk. Atau boleh pegi kedai cermin mata untuk test power dan tahap kerabunan, sama ada ia semakin bertambah atau sudah bertukar menjadi rabun dekat serta rabun warna.

Terima kasih banyak-banyak kat adik-adik penunggu setia Forum BS yang setia menemani beberapa kartunis dan pengurusan team BS buat kerja secara online. Mungkin inilah salah satu cara macam mana ngkorang boleh membayangkan bagaimana kerja dekat BS. Dan, rasanya sudah pasti, kalau bukan 100%, sekurang-kurangnya sedikit sebanyak ngkorang dapat gambaran macam mana kami kerja untuk menyiapkan setiap keluaran BS yang cuma ambil masa tak sampai setengah jam ngkorang baca tuh.

Mungkin juga, TAHAP KOMA yang selalu disebutkan itu telah ngkorang fahami, walau tidak seluruhnya sebahagian pun sudah cukup, kan?

…Hujan masih bersisa
Dalam setiap titisannya
Wajahmu jua yang menjelma
Membawa seberkas cinta
Menyirami jiwaku nan lara…

Ketika musim semi tiba
Bunga-bunga cinta
Melakar pelamin bahagia…

Ini ungkapan untuk ngkorang yang terus setia dengan kami, melayan BS! Ungkapan yang korang akan boleh tatap di cover BS97. Jiwangkan bunyinya, tetapi itulah yang terlahir dari dalam hati, dari dalam diri sebagai penghargaan kat ngkorang… betapa, kami menghargai dan menyayangi ngkorang semua.

Untuk yang kesekian kalinya, insya-Allah kita jumpa lagi!

Tuesday, April 11, 2006

BS96 : Hobi, Tanggungjawab Atau...

1 comments



Salam Blues untuk semua! Jumpa lagi ngan nkorang... bermakna, kami dah selesaikan keluaran BS terbaru. Ya, petang tadi aku dah hantar kat printing! Tunggu la sehari dua lagi, ada la tu kat kedai... beli, jangan tak beli!

Macam biasa, sepanjang minggu lepas kami kerja macam nak koma. Semuanya digandakan menjadi berganda-ganda. Bukan lagi dua atau tiga kali ganda, tetapi lebih daripada itu. Mungkin pada zahirnya, BS Team nampak ramai... nampak saja ramai, tapi dalam studio ni cma ada empat lima orang penghuni tetapnya. Yang lain-lain tu sekadar deretan nama, sebagai freelancer, yang nak datang boleh datang, tak nak datang pun tak apa. Yang wajibnya, hanya hantar karya jangan kantoi dateline. Kantoi pun tak apa sebenarnya... aku carik bahan lain, sumbat dalam BS... derang jugak yang rugi, claim kurang.

Hobikah kerja ini? Atau tanggungjawab? Jangan jadikan kerja sebagai hobi, sebab nanti korang tak akan ada hobi lagi. Sanggupkah? Sanggup tak apa... Terutama kepada yang perempuan-perempuan, kerjalah sebagai menjalankan tanggungjawab atau keperluan hidup, jangan jadikan ia sebagai hobi. Sebenarnya, ada banyak lagi hobi lain yang korang boleh buat selain berhobikan kerja. Masak ke, membasuh ke, jaga anak buah ke, sapu laman rumah ke, tanam bunga ke... atau, tidur!

Kerana, apabila korang meletakkan kerja sebagai hobi dan no.1... banyak susahnya di masa mendatang. Jangan tanya apa susahnya, jangan jadikan ia hobi. Cukup!

Dalam tunggang-langgang menyiapkan BS96... dalam migrain, dalam tensen tak berpenghujung, mujurlah ada penghibur yang sedikit sebanyak dapat meredakan tensen kami. Terima kasih kat adik-adik yang dah join FORUM BS, dan tolong mengarut-ngarut melayan Team BS yang memang kaki karut.

Kalau masih ada yang belum ke sana... tengok-tengoklah.

Okeylah... jumpa lagi keluaran akan datang, insya-Allah. Ingat! Jangan jadikan kerja sebagai hobi. Carilah hobi lain...

Tuesday, April 04, 2006

BS95 : MACAM-MACAM RASA

0 comments
Image hosting by Photobucket


Ni hah cover 95. Kepada yang dah beli tau dah kan... terima kasih, next issue beli lagi ye. Yang belum beli pegi-pegi la beli ye... baru blues. Maaflah, sebab lama tak update, dan promo 95 pun lambat. Biasalah, kalau nak bagi alasan... dah tentu sibuk. Atau paling tidak pun malas, hehehe...

Pesta Buku Antarabangsa pun dah selesai... Haa, tu salah satu alasan kenapa blog dan promo tak update. Terima kasih kat ngkorang yang sudi singgah kat booth MOY... sekadar singgah pun okey, apatah lagi tolong perabih stok yang ada. Mana-mana yang turun Sabtu dan Ahad, dapat la jumpa ramai kartunis... takper la bersesak-sesak sikit kan... setahun sekali. Panjang umur tahun depan jumpa lagi, insya-Allah.

Satu hal lagi, kalau rasa-rasa nak bersembang, atau merapu-rapu, atau bagi idea, cadangan atau apa saja, mai la singgah kat FORUM BS. Forum ni sebenarnya peringkat pembikinan lagi, tapi kami open jer untuk semua dah... Maklumlah, Geng BS tak ramai mana nak menguruskan... so, apa yang ada dulu dan kitorang upgrade slow-slow la ye...

Untuk pegi ke FORUM BS ngkorang boleh KLIK kat BUTTON ruang sebelah nih.
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com