
17 n' LIFE: Masih ingat dengan tajuk nih? Lama dah tak nampak, kan? 17 n' LIFE Season 2 akan disiarkan dalam BS keluaran 79 ini. Tentu korang ingat dengan perangai IS dan kerenah si SHA. Musim baru ini menampilkan beberapa watak baru, yang lebih mengharu-birukan sekolah dan cikgu. Disiarkan beberapa muka surat sebagai pengenalan dan imbas kembali tentang watak-watak dalam 17 n' LIFE. Mari kita kenang kembali zaman kenakalan kita di zaman sekolah menengah dulu...

SALAM... lama dah tak update blog nih, kan? Bak kata orang, awang demi sawang memenuhi ruang. Bukan takde modal, bukan jugak malas... tapi? Kata apapun nanti orang kata alasan. So, tak payahlah kata apa. Hehehe... Sebenarnya tunggu masa nak ubah semua yang ada kat sini. Biar nampak lebih meriah, mebih pelbagai dan lebih bermanfaat untuk semua makhluk yang sudi singgah. Tunggulah yer... BLOG INI SEDANG DALAM PEYELENGGARAAN. KONTRAKTOR SEDANG BEKERJA!
0 comments:
Post a Comment