
Bila Untold Stories Episod Crisis ni diberitahu akan bersambung-sambung, ramai yang risau. Berapa panjangkah episodnya? Benar-benar mampukah episod Crisis ini sampai ke penghujungnya? Nah, dalam BS isu 79 menyaksikan Untold Stories Episod Crisis menamatkan musim pertamanya. Bermakna, episod Crisis masih panjang, masih ada penamat-penamat lainnya. Apapun, buat sementara ini cukuplah setakat ini dan korang kena terus mengikuti perkembangan terbaru untuk mengetahui tentang Crisis. Untuk penamat episod Crisis ini pelukis menggunakan 11 muka surat dengan kualiti lukisan yang maintain detail tahap ukiran atas kayu... Okey, korang bacalah sendiri kesudahan ini.

SALAM... lama dah tak update blog nih, kan? Bak kata orang, awang demi sawang memenuhi ruang. Bukan takde modal, bukan jugak malas... tapi? Kata apapun nanti orang kata alasan. So, tak payahlah kata apa. Hehehe... Sebenarnya tunggu masa nak ubah semua yang ada kat sini. Biar nampak lebih meriah, mebih pelbagai dan lebih bermanfaat untuk semua makhluk yang sudi singgah. Tunggulah yer... BLOG INI SEDANG DALAM PEYELENGGARAAN. KONTRAKTOR SEDANG BEKERJA!
0 comments:
Post a Comment