Tuesday, July 26, 2005

date up-date 79

0 comments



Cerpen siapa pulak kali ini? Hmm, seorang lagi penulis muda berbakat. Cerita banyak pun tak guna, kan... Korang beli dan baca jer Blues Selamanya isu #79.

date up-date 79

0 comments



Ini salah satu sentuhan terbaru Fazrul, cover untuk segmen PHWEET! SWEET.

date up-date 79

0 comments



Agaknya korang ingat tak X-GEN ll ni dah berapa lama? Korang pernah tak bertanya, bila siri ni nak berakhir dan bagaimana kesudahannya? Nah, pertanyaan itu akan terjawab dalam BS isu 79! Episod kali ini merupakan episod akhir X-GEN ll. Masih adakah sambungan untuk musim baru? Tunguuuuuuuuuuuuuu...

date up-date 79

0 comments



Sejak beberapa keluaran kebelakangan ini, korang dah lihat dan baca karya SHE : Eksperimentasi. Di samping itu, SHE mempelbagaikan karyanya dengan Loose Eksperimentasi. Ini yang terbaru, EKSPERIMENTASI : Muhasabah Diri - Lupa. Sama-sama hayati tentang siapa sebenarnya kita, tentang peringatan kepada kita sekalian hamba yang sering LUPA! Selamat membaca...

date up-date 79

0 comments



17 n' LIFE: Masih ingat dengan tajuk nih? Lama dah tak nampak, kan? 17 n' LIFE Season 2 akan disiarkan dalam BS keluaran 79 ini. Tentu korang ingat dengan perangai IS dan kerenah si SHA. Musim baru ini menampilkan beberapa watak baru, yang lebih mengharu-birukan sekolah dan cikgu. Disiarkan beberapa muka surat sebagai pengenalan dan imbas kembali tentang watak-watak dalam 17 n' LIFE. Mari kita kenang kembali zaman kenakalan kita di zaman sekolah menengah dulu...

date up-date 79

0 comments



Bila Untold Stories Episod Crisis ni diberitahu akan bersambung-sambung, ramai yang risau. Berapa panjangkah episodnya? Benar-benar mampukah episod Crisis ini sampai ke penghujungnya? Nah, dalam BS isu 79 menyaksikan Untold Stories Episod Crisis menamatkan musim pertamanya. Bermakna, episod Crisis masih panjang, masih ada penamat-penamat lainnya. Apapun, buat sementara ini cukuplah setakat ini dan korang kena terus mengikuti perkembangan terbaru untuk mengetahui tentang Crisis. Untuk penamat episod Crisis ini pelukis menggunakan 11 muka surat dengan kualiti lukisan yang maintain detail tahap ukiran atas kayu... Okey, korang bacalah sendiri kesudahan ini.

Thursday, July 21, 2005

date up-date

0 comments
Salam untuk semua! Takde apa sangat nak cerita pun walaupun ada banyak hal nak ditulis. Nanti-nantilah ye... sedang mengembalikan memori ke zaman lampau - 20 tahun lalu! Bila dah rasa selesa, mungkin sehari dua lagi... akan bermulalah kisah perjalanan 20 tahun lalu.

Hmm, maaflah ye... untuk kesekian kalinya, layout bertukar lagi. Insya-Allah lepas ni akan bertukar, bertukar, bertukar dan terus bertukar. Saja... sambil-sambil belajar sesuatu yang baru, sekali gus praktikkannya.

Untuk adik-adik yang selalu singgah kat sini, sekali gus terus 'layan blues' terima kasih banyak-banyak. Mudah-mudahan kita sama-sama mendapat 'sesuatu', insya-Allah. Jumpa lagi, wassalam...

Thursday, July 14, 2005

date up-date 78

0 comments
Sentuhan FAZRUL... macam biasa, pin-up tapi nak tampal kena korbankan naskhah korang dengan mencabut cover dan back covernya. Kalau sayang biar saja... Saja buat mood grey, rasa mcm klasik, hehehe...






SIRI EKSPERIMENTASI diteruskan lagi... ini antara watak awek-awek yang SHE lukis. Semua comey-comey macam dia, hehehehe...






DEMI MASA! Sebuah renungan untuk kita semua. Mudah-mudahan dengannya, kita lebih menginsafi diri, lebih mendekatkan diri kepada Maha Pencipta, lebih bersyukur kerana menjadi makhluk bernama manusia. DEMI MASA karya PAC selain siri LOVE MAKES ME CRAZY. Nikmati sentuhan berbezanya... hati korang pasti tersentuh.


Wednesday, July 13, 2005

date up-date 78

0 comments
Ini antara yang ada dalam PHWEET! SWEET... Nak kata jiwang tak jugak, nak kata tak jiwang tipu pulak! Sebab setiap manusia ada kejiwangan dalam diri masing-masing. Jiwang karat buleh, jiwang syahdu ada, jiwang beriman pun apa salahnya...




RENUNGAN... baca dan renungkanlah, terutama tentang diri sendiri. Jangan asyik merenung orang lain jer...





Ini antara slot KEMBARA. Korang bacalah, nak ulas lelebih karang tau semua pulak apa yang ada. heheheh...





Ramai yang mungkin menantikan yang ini! Ramai yang macam susah hati bila column mamat ensem ini berakhir pada keluaran lalu... Tapi macam yang dah diwar-warkan sebelum ini bahawa dia akan menyambung dengan sesuatu yang lebih meleleh! heheheh... Ubai dengan RESIK METROPOLITAN menggantikan MANTERA KINANAH. Selamat menikmati sentuhan student Mesir yang dah pulang...





Siri Novel Air Mata Fia Ezira wujud bersama Blues Selamanya sejak April 2002. Cuma ada sekali saja ia tidak disiarkan, bermakna siri ini sudah mencecah 77. Dan, konflik demi konflik silih berganti... air mata Fia terus mengalir. Sampai bila? Insya-Allah, nanti boleh dibukukan hasil karya Ruslan Ngah ini, seperti novel-novel beliau yang sebelumnya...






CERITA ASMARA! Satu lagi novel bersiri yang ada dalam Blues Selamanya. Berapa panjangnya? Adakah ia akan menyaingi Air Mata Fia Ezira? Tunggu dan lihat saja sepanjang mana karya BIKASH NUR IDRIS ini.






Slot yang jadi rebutan: CERPENBLUES! Seorang lagi penulis baru muncul mengisi ruang ini. Siapa ya? Korang tengok dan bacalah nanti. Kemudian boleh komen, atau tanya apa-apa saja tentang dia...

Friday, July 01, 2005

date up-date BS77

0 comments
Ini loose EKSPERIMENTASI karya SHE. Eksperimentasi juga merupakan sebuah drama bersiri, tapi She saja buat versi loose. She buat apa saja, dia tetap jadi pujaan, hehehe...





LOVE MAKES ME CRAZY versi loose satu muka karya kartunis baru yang tak kurang misterinya, yakni PAC. Kemisterian kartunis ini bukan sebab kita tak tahu siapa aweknya, tetapi misteri sebab dia buleh selamba jalan kaki lebih kurang 6-7 km ke opis. Dah tu dia buleh buat magik dengan tak makan nasik selama dua minggu...





BEST FRIEND, karya Wanzu dengan dua watak awek nakal tapi cun serta beriman. Nak tengok Wanzu warnakan watak Hani dan Dura nih... so, jadikkan cover untuk segmen PHEWWT! SWEET... Sweet kan? Kan? Kan?





Syukur alhamdulillah... setakat ini ruangan CERPEN antara yang dapat sambutan baik. Apapun, kerana semua karya yang datang adalah baik-baik belaka, maka terpaksalah ikut giliran. Isu 77 sekali lagi bagi peluang kepada ANGGERIK UNGU... simple tapi agak syahdu dan mungkin menyentuh kalbu...

 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com