Wednesday, March 23, 2005

BS#71... dalam proses! tungguuu...


Sesuatu di Antara Waktu

Syukur kepada-Mu Maha Pencipta, kerana masih memberi kasih sayang-Mu untuk hamba ini berdiri dan menghirup segala kurniaan-Mu. Dengan izin-Mu juga hamba ini terus memiliki kekuatan untuk terus melangkah meredah arus dugaan-Mu. Alhamdulillah juga kerana Kau memberi hamba ini kesabaran yang bukan sedikit untuk menahan segala tamparan kehidupan.

Kita hamba ini telah diberi hidup dan kehidupan yang cukup selesa, cukup menyamankan dan cukup aman. Namun, kita sekalian hamba ini sebenar-benarnya disediakan dengan kepelbagaian dalam kehidupan. Kita sekalian hamba ini setiap hari akan berdepan dengan sesuatu yang mudah, juga hal-hal yang menyukarkan.

Menghadapi kepelbagaian dalam kehidupan ini memerlukan kekuatan, kesabaran, keyakinan dan dah tentu-tentu perlu keimanan serta ketakwaan. Semua ini agar kita hamba ini sentiasa bersedia menghadapi apa jua yang datang, sama ada ia kecil atau besar, mudah atau sukar. Dari mana kekuatan sebenar itu datang? Bagaimana kita memperolehinya?

Kita hamba ini, makhluk kerdil serba kekurangan. Kemudian diberikan dengan kepelbagaian yang kadangkala membuat kita kecundang. Biarpun kita hamba ini boleh mendabik dada, kononnya kita hamba ini mempunyai kekuatan untuk menghadapi apa jua keadaan, namun kita hamba ini hanya mampu merancang. Tidak seorang pun di antara kita hamba ini yang tidak pernah dilanda kecewa. Kekecewaan sebahagian daripada segmen dalam hidup dan kehidupan kita hamba di alam fana ini....
SELANJUTNYA? NANTI KORANG BACA JELAH BS#71!

0 comments:

 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com