Saturday, March 26, 2005

BS #71! Antaranya...

0 comments
Image hosted by Photobucket.com

Haa... ini cerpen A. Ubaidillah Alias yang hensem itu.
Ceritanya best... sayu, syahdu dan pastikan menganggu emosimu...


Image hosted by Photobucket.com

Ni plak, siri THE UNTOLD STORIES: Legenda, karya: STAN.


Image hosted by Photobucket.com

Yang nih biasalah, kan... JAKALLL punya karya.
Pin-up yang belakang cover tuh, nak tampal terpaksalah korang korbankan cover ngan back cover. Susah-susah, kalau sayang... beli dua naskhah!

Wednesday, March 23, 2005

BS#71... dalam proses! tungguuu...

0 comments
Sesuatu di Antara Waktu

Syukur kepada-Mu Maha Pencipta, kerana masih memberi kasih sayang-Mu untuk hamba ini berdiri dan menghirup segala kurniaan-Mu. Dengan izin-Mu juga hamba ini terus memiliki kekuatan untuk terus melangkah meredah arus dugaan-Mu. Alhamdulillah juga kerana Kau memberi hamba ini kesabaran yang bukan sedikit untuk menahan segala tamparan kehidupan.

Kita hamba ini telah diberi hidup dan kehidupan yang cukup selesa, cukup menyamankan dan cukup aman. Namun, kita sekalian hamba ini sebenar-benarnya disediakan dengan kepelbagaian dalam kehidupan. Kita sekalian hamba ini setiap hari akan berdepan dengan sesuatu yang mudah, juga hal-hal yang menyukarkan.

Menghadapi kepelbagaian dalam kehidupan ini memerlukan kekuatan, kesabaran, keyakinan dan dah tentu-tentu perlu keimanan serta ketakwaan. Semua ini agar kita hamba ini sentiasa bersedia menghadapi apa jua yang datang, sama ada ia kecil atau besar, mudah atau sukar. Dari mana kekuatan sebenar itu datang? Bagaimana kita memperolehinya?

Kita hamba ini, makhluk kerdil serba kekurangan. Kemudian diberikan dengan kepelbagaian yang kadangkala membuat kita kecundang. Biarpun kita hamba ini boleh mendabik dada, kononnya kita hamba ini mempunyai kekuatan untuk menghadapi apa jua keadaan, namun kita hamba ini hanya mampu merancang. Tidak seorang pun di antara kita hamba ini yang tidak pernah dilanda kecewa. Kekecewaan sebahagian daripada segmen dalam hidup dan kehidupan kita hamba di alam fana ini....
SELANJUTNYA? NANTI KORANG BACA JELAH BS#71!

Thursday, March 17, 2005

dah ada di pasaran!!!

0 comments


Carilah kat kedai, tapi jangan kompius sebab depan ngan belakang hampir sama - dalam proses pertukaran konsep cover BS. Kalau kat kedai mamak takde, korang boleh cari kat SEVEN ELEVEN.

Saturday, March 12, 2005

tentang sesuatu

0 comments
ada sesuatu yang kita tak tahu
tapi itulah yang kita mahu
itulah yang kita buru!
tentang sesuatu yang tak pasti
tak perlu ke hujung dunia mencari
tak perlu puncak gunung didaki
tak perlu lautan dalam diselami
cukup di sini!
di sudut paling dalam sekeping hati
kita kan temui
nur Ilahi...

Friday, March 11, 2005

kasih sayang-MU

0 comments
Tiada ungkapan yang lebih layak, selain dari syukur tidak terhingga kepada Maha Pencipta. Hari ini kita sekalian hamba masih diberi hidup dan kehidupan yang selesa – satu kurnia yang tidak terhingga daripada Maha Pencipta, satu tanda betapa sayangnya Maha Penyayang kepada kita sekalian hamba.

Kita sekalian hamba ini hidup atas dasar kasih sayang. Hidup dan kehidupan ini bermula dari kasih sayang. Kesuksesan, keharmonian, keamanan tidak akan kita sekalian hamba ini kecapi andai tiada lagi kasih sayang dalam kehidupan. Kasih sayang yang terlalu luas pengertiannya, terlalu dalam perasaan untuk menggambarkannya. Malah, kita sekalian hamba ini nescaya tidak akan mampu menggambarkan tentang kasih sayang sebenar-benarnya. Kerana itu, tiada kasih sayang yang lebih tinggi nilainya selain kasih Maha Pengasih. Tiada sesiapa yang selayaknya dicurah kasih sepenuh jiwa, melainkan kepada Maha Pencipta jua.

Dalam hidup dan kehidupan, kita sekalian hamba ini perlu restu Maha Pencipta, agar hidup dan kehidupan yang telah serta yang akan dilalui diberkati. Lalu, apabila segalanya direstui, diredhai, hidup dan kehidupan ini akan lebih bererti, akan lebih harmoni. Dan, yang terlebih pentingnya… kita sekalian hamba ini tidak mensia-siakan kasih sayang yang diberi.

>selanjutnya... hanya dalam SESUATU DI ANTARA WAKTU #70

Image hosted by Photobucket.com

REDUP KASIH

aduhai Maha Agung
hamba kerdil mohon kasih-MU
mohon rendang cinta-MU
memberi redup dan dingin
tatkala terik dosa makin membahang

seketika aku bahagia
dibuai kasih pura-pura
dibelai sejuta lara
lalu aku kecundang
kerana terpana cinta sayang

aduhai Maha Pengampun
Maha Penyayang Maha Agung
aku hamba tak tahu diuntung
mohon sejuta ampun
agar kasihku pada-MU kian merimbun

Wednesday, March 09, 2005

setiap sesuatu

0 comments
sesuatu
di antara waktu
ada kau
ada aku
dan...
ada kita
dalam setiap
detik nan berlalu

aku hamba
mohon restu-MU
setiap masa
atas segala kurnia

pada sesuatu
di antara waktu
aku terus menunggu
rahmat-MU

 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com