Saturday, August 27, 2005

date up-date 81



Cover segmen PHWEET!SWEET... ilustrasi Fazrul dan puisi karya Sangbogoroyo.



Hum... letaklah kat sini dua buah puisi karya dua wanita anggun (hehehe)...






Ini Eksperimentasi Muhasabah Diri seterusnya daripada She. Agaknya sebab dia pompuan maka kali ni dia bercerita pasal WANITA.





Mungkin ramai yang tunggu musim baru X-GEN. Apapun kita bagi otak Jakalll rehat sekejap eh. Macam mana pun sementara menantikan X-GEN musim baru, korang berhibur dulu ngan selingan ini...




Sesuatu yang mungkin boleh jadi panduan korang (jika sesuai) dalam segmen PHWEET!SWEET.





Haa... ini ruang yang sentiasa jadik rebutan dan yang sentiasa dinantikan. Malah kebanyakannya akan bertanya, "Karya siapa keluaran ini?" Korang baca dan nilailah sendiri ye kerana ruangan ini memang untuk korang!





Kata orang kalau kita membaca sesuatu, kita kena cari apa yang tersembunyi... baru kita dapat menghayati sepenuhnya apa yang kita baca. Dalam siri Hattori High School nih, macam-macam ada! Korang fikirlah sendiri ya... kalau bagitau nanti takdelah makna siar siri nih tiap-tiap keluaran, kan? Ngehngehngeh!





Kesinambungan Worlds of the War; makin pelik, makin kronik, makin ntah hapa-hapantah! Macam mana pun korang teruskanlah mengikuti siri ini yang akan berkesudahan pada keluaran akan datang! Selain menikmati cerita pelik, korang juga boleh belajar teknik membuat garisan-garisan halus, melintang, menegak serta melengkung. Selamat terhibur!





Macam biasa, setiap keluaran siri Love Makes Me Crazy membuat Pac hampir giler nak carik idea. Mujurlah ada Akak Jiewang dan Abang Zairi dok melayan serta mengajar Pac 'bercinta'. Humm... payah betul nak suruh Pac bercinta; cintakah yang buta atau Pac yang 'buta' melihat cinta berkeliaran di sekelilingnya? Mungkin Pac juga kena banyak belajar tentang cinta daripada idolanya, Topan!





Ini karya Bakat Baru Blues. Kalau rajin, mudah-mudahan lepas ni akan jadik popular, insya-Allah. Sebenarnya ruang Bakat Baru Blues ni terbuka untuk sesiapa saja yang berminat dan nak cuba bakat.

0 comments:

 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com