
INI karya terbaru CIK LI (kiri), yang dedulu popular ngan MANJALONG. Lepas ni korang akan terus dapat menatap sentuhan power CIK LI dalam Blues Selamanya.
Yang belah kanan tu karya STAN atau dulunya TOPAN dalam siri UNTOLD STORIESnya. Cerita UMPAN 2, kesinambungan UMPAN yang disiar beberapa keluaran lalu.

SIRI Novel Blues: CERITA ASMARA karya terbaru novelis yang sedang mencipta nama BIKASH NUR IDRIS.
Yang belah kanan tu rasanya selalu korang nampak namanya... siapa tak kenal CIK YALIN. Selain penulis berbakat, produktif dan rajin... Cik Yalin juga merupakan pengunjung tetap blog nih, hehehehe... Kiranya dialah penyeri blog Sesuatu di Antara Waktu nih. Cerpen yang sempoi, sesuai untuk yang sukakan jalan cerita mudah. Gurau-gurau eh dik...

DUA orang pelukis baru Blues Selamanya:-
SHE (kiri) dengan karya EKSPERIMENTASI (BENCI). Kalau korang nak tahu, She ni satu-satunya pelukis awek yang Blues Selamanya ada. Cun, hehehe... lukisannya cun lah!
PAC (kanan) dengan siri LOVE MAKE ME CRAZY.

POSTER macam biasalah, kalau korang nak tampal kenalah cabut... maka tak berkulitlah Blues Selamanya korang tu. Kalau sayang nak cabut, biar jer gitu... kalau nak jugak, korang beli dua naskhah la ye... heheh.


SALAM... lama dah tak update blog nih, kan? Bak kata orang, awang demi sawang memenuhi ruang. Bukan takde modal, bukan jugak malas... tapi? Kata apapun nanti orang kata alasan. So, tak payahlah kata apa. Hehehe... Sebenarnya tunggu masa nak ubah semua yang ada kat sini. Biar nampak lebih meriah, mebih pelbagai dan lebih bermanfaat untuk semua makhluk yang sudi singgah. Tunggulah yer... BLOG INI SEDANG DALAM PEYELENGGARAAN. KONTRAKTOR SEDANG BEKERJA!