Sunday, February 26, 2006

BS93: Lagi-Lagi Koma!

0 comments
Salam untuk semua! Ni dia cover BS93... oren dan birusss yang pasti menawan hatimu... hehehe!

Image hosting by Photobucket


Lagi-lagi koma dan hampir nak pengsan menyiapkan BS93 nih! Semenjak dua menjak nih tauke printing sudah tukar derang punya jadual keje. Disebabkan derang ada job lain nak buat, nak cepat... maka dengan sendirinya jugaklah kitorang terlibat.

Dateline yang dah sedap-sedap, yang dan cun cantik, yang ngam-ngam cukup makan... tetiba kena tarik awal seminggu. MAUNYA TAK KOMA TAHAP 18! Jadiknya, sesiapa yang cuba nak beramah mesra time-time dateline yang dan menjadik deadline itu, mintak mahaaap la yek di atas 'kekurang-layanan-mesra' yang diberikan.

Macam mana pun, kena akur dan terima hakikat bahawa... itulah namanya kerja! Kat mana-mana pun akan ada masalah, yang pentingnya macam mana nak menyelesaikannya. Nak blah gitu jer dah kira hampeh snagat-sangat la, kan... lari daripada masalah. Bila kita berjaya memujuk hati agar menerima kerja itu sebagai tanggungjawab, sebagai punca rezeki yang halal... dah takde apa nak dirungutkan lagi, buat jer sampai siap!

Bertambah koma pulaknya dalam minggu dateline itulah line streamyx kat umah meragam. Seminit dua online dan DC! Seminit dua online DC lagik! Mungkin faktor cuaca kot. Sejak kebelakangan nih, petang membawa ke malam hujan turun... lebat, siap dengan petir kilat. Berdentam dentum bunyik guruh, yang juga menyebabkan geng-geng yang dah siap pakai boot bola setiap petang melopong, hehehe!

Sebenarnya maleh nak call tmnet bertanyakan apakehal line tenggelam timbul gitu. Mungkin terfikir, kot-kot layanan derang kurang besh. Tapi akhirnya call jugak... awekz yang menjawab. Dekat setengah jam jugak awekz tu mengajar soh buat itu ini. Tak taulah, sebab awekz tu ajar ke atau memang line area sini dah ok. Try sekali dua, penyakit tu datang lagi... sehingga akhirnya, macam dah ok la pulak nih. Alhamdulillah... baru buleh update.

So, itu jer dulu... jangan lupa TUNGGU BS100 ya! Ingat... BS100! Wassalam...

Friday, February 10, 2006

BS 91 : Macam Nak Koma!!!

0 comments


Cover BS 92 yang birussssss!




Salam blues untuk semua! Harap semua okey jer di smaping apa-apa saja yang ngkorang lakukan. Juga, moga sentiasa di bawah lindungan-Nya. Beberapa keluaran kebelakangan nih memang mencabar... mencabar otak! Sebab, terlalu banyak cuti umum!

Cuti memang best! Rilek, lepak-lepak, golek-golek... atau zzzzz sampai tak ingat dunia! Tetapi disebabkan cuti banyak sangat, berlapis-lapis... makanya kerja-kerja yang nak disettlekan pun berganda-ganda lapis dan tingkatnya.

Apapun keadaannya, bila dah 'terjerumus' dalam line macam gini... kita kena faham satu benda - kerja kena siapkan jugak walau apa sekalipun halangannya. Maksudnya, TAK ADA ALASAN! Humm... siap jugak BS 92 nih, hehehe... So, kalau ngkorang nak nengok promonya lebih kurang masuk la kat BLUES2U.

 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com