Saturday, July 29, 2006

'Sesuatu' Yang Kita Cari

0 comments
syukur kepada-MU wahai Maha Pencipta, kerana terus memberi aku nafas 'ntuk sehari lagi.

salam blues 'ntuk sekalian hamba Maha Pencipta yang sudi singgah sebentar di sini. apa yang kau cari di sini? pasti, setiap di antara kita hamba ini ingin mencari ketenangan dan kebahagiaan. hanya orang bengap saja yang mahu hidupnya kucar-kacir dan huru-hara tak tentu arah! hanya orang yang meletakkan otaknya di kepala lutut saja yang menolak 'ntuk hidup dalam keadaan damai!

ramai di kalangan kita hamba ini ingin mencari 'sesuatu' tetapi tak bertemu dengan apa yang dicari. mencari 'sesuatu' di antara waktu bukanlah sesukar mana, tetap kenapa ramai yang tidak bertemu dengan 'sesuatu' itu? yang pastinya, kebanyakan kita sekalian hamba ini 'tak tahu mencari', dan silap mencari! yakni, mencari di tempat yang bukan sepatutnya.

...kucari damai di hati
kucari ketenangan diri...

namun, hati tetap resah gelisah! jiwa tak pernah tenang! kenapa? kerana... kita tak bertemu dengan damai, kita tak dapat mencari ketenangan sebenar! sebenarnya di mana semua itu berada? di sini... di dalam hati, di dalam diri kita sendiri!

tak usah mencari ketenangan di tepi pantai, yang kita dengar hanya deburan ombak menghempas tanpa henti. tak perlu ke lereng bukit memandang turunnya sang mentari, kerana setelah mentari berlabuh dunia kita akan menjadi malap!

ataukah, kita mencari ketenangan dan melupakan tekanan dengan berhuha-huha bersama kawan-kawan, berparti, berpesta? setelah semuanya berakhir... hanyutkah tekanan, dan hilangkah masalah yang sebelum ini kita fikirkan? tidak, bukan? segalanya datang kembali memenuhi ruang minda.

kemudian, mungkin di antara kita perlukan seseorang 'ntuk berbicara, meluah isi hati, meluah perasaan terbuku. ya, sesuatu yang terpendam harus dilepaskan, harus diluahkan agar ia tidak menjadi ketulan-ketulan keras yang akan menekan perasaan kita. kita perlukan orang lain. dan, memang diakui ia berkesan namun sedarkah kita selain daripada itu, siapa yang selayaknya kita mengadu?

sebilangan daripada kita hamba ini memang sentiasa lupa! bahawasanya ketenangan hakiki ada di dalam diri. sucikan hati, tercucilah minda dan perasaan ini. kenapa harus ke pantai konon melepas resah bersama deburan ombak, sedangkan ombak itu akan kembali semula ke pantai. bermakna segala resah yang kita hamba hanyutkan bersama ombak kembali kepada kita yang masih berdiri di pantai.

kenapa harus mengirim gelisah bersama beradunya sang mentari? sedangkan kita hamba ini sedar bahawa keesokan paginya, sang mentari akan muncul kembali! ia muncul kembali, dan munculnya juga bersama gelisah yang kita kirimkan semalam!

makanya, di manakah tempat paling tepat untuk kita hamba ini menghapus gelisah, melenyapkan gundah? bukankah ia sangat mudah, iaitu di atas sejadah! luahkanlah, katakanlah apa saja yang menerjah kerana Dia Maha Pendengar.

Bersyukur Atas Segalanya, Atas Apa Adanya...

1 comments
alhamdulillah, syukur dan terima kasih kepada Maha Pencipta... kerana masih menganugerahkan kita sekalian hamba ini hidup dan kehidupan yang aman serta nyaman.

salam blues untuk sekalian hamba Maha Pencipta! semalam yang kita tinggalkan tak akan mampu kita undur dan putar kembali. yang ada hanya renetan peristiwa yang terakam dalam minda. andai kita hamba ini mahu memutarnya, ia hanya sekadar sebuah gambaran dan kenangan. kita tak mampu berada dalam kenangan dan gambaran itu semula! sama ada memori gembira atau sebaliknya, kita hamba ini tak mampu untuk menambah atau menguranginya. segala yang berlalu pada hari semalam akan terus begitu catatannya.

syukurilah... kalau kita hamba ini gembira dengan hidup dan kehidupan semalam yang telah kita lalui. mudah-mudahan hari ini dan esok, kita hamba ini akan cuba untuk mencapai hidup dan kehidupan yang lebih baik lagi. berusahalah, berdoalah, bertawakallah kepada-Nya.

syukurilah... andai semalam meninggalkan kesan hitam, mengguris luka, atau membuat kita sekalian hamba ini menangis merintih. kedukaan dan kelukaan adalah dugaan. jangan selalu menganggap dugaan itu sebagai satu seksaan. ia adalah hadiah dan tanda kasih sayang Maha Pencipta kepada kita hamba ini. DIA yang sentiasa mengingati kita, lalu memberi 'sesuatu' itu mungkin atas dasar 'kesombongan' kita hamba ini kepada-Nya. mungkin kita agak 'melupakan-NYA', terbuai dengan terlalu banyak nikmat dan anugerah yang DIA berikan.

moga, hari ini dan seterusnya (insya-Allah) kita semakin memperbaiki 'hubungan' dengan si DIA yang 'semakin renggang'.


SIAPALAH KITA

wahai Maha Agung
yang memberi cinta segunung
yang menyalur sayang tak terhitung
yang memapah tatkala aku tersadung
yang menyuluh ketika pandanganku terlindung
akukah hamba tak tahu diuntung
kerana menepis huluran cinta agung?
atau, akukah hamba yang sombong
kerana berpaling ketika KAU merenung?

wahai Maha Penyayang
nikmat-MU tak pernah kukenang
air mata syukurku tak pernah berlinang
lalu ketika hatiku tak pernah tenang
dosa dan noda jua yang kurenang
aku hamba hina tak layan disayang!

wahai Maha Pencipta
tatkala hatiku bersalut duka
pabila hidupku disirami air mata
ketika KAU mula menurunkah bala dan nestapa
aku hamba-MU baru mahu buka mata
lalu, masihkah pintu-MU terbuka?

Thursday, July 27, 2006

Rentak Seratus Tiga!

1 comments

salam blues untuk semua!!!

ini rentak seratus tiga... rentak yang semakin memeningkan kepala! macam mana pun, alhamdulillah... syukur kepada Maha Pemurah kerana terus memberi kesempatan untuk kita semua bersua di alam sementara ini. juga kerana dengan Pemurahnya, dengan izin-Nya terus memberi ruang rezeki dalam bidang ini.

seratus tiga sebenarnya memberi rentak yang agak berlainan dari yang sebelumnya. ada sedikit kelegaan dari beban-benab yang dipikul sebelum ini. malah, ada ruang untuk menarik sedikit nafas lega. pun begitu masa terus cemburu, masa terus merantai kerana setiap minggu akan berdepan dengan dateline!

seratus tiga yang berwarna oren ini akan berada di pasaran, bermakna makhluk-makhluk di sini sudah memulakan seratus empat! selain itu sesiapa yang berkelapangan, pergilah ke Pesta Buku Selangor, di Kompleks PKNS, Shah Alam. Insya-Allah ada rezeki sambil-sambil cari-cari buku, boleh jumpa kartunis-kartunis yang ada di sana.

setiap kali bangun pagi, setiap kali memulakan hari baru... apa yang biasa kita fikirkan? adakah kita akan memikirkan hal-hal hidup dan kehidupan semalam yang telah berlalu. atau, kita bangun dengan memikirkan hidup dan kehidupan yang bakal ditempuhi?

hidup ini mudah... betul ke? kalau mudah kenapa ramai yang mengeluh? itu tak kena, ini tak kena. segalanya tak cukup, segalanya tak selesa! sebenarnya kita hamba ini telah dianugerahkan dengan macam-macam oleh Maha Pemurah, makanya apa lagi yang kurang?

hati kita sekalian hamba inilah yang selalunya berasa tak berkecukupan. hidup ini susah kerana kitalah yang menjadikannya susah. kita terlalu memikirkan ingin segala yang sempurna, sedangkan kita ini memang tak sempurna. memang kita hamba ini sebaik-baik kejadian, tetapi bukan sempurna. apapun dalam hidup dan kehidupan ini, kita harus mencari dan menjadi sesempurna mungkin.

carilah yang terbaik untuk menjadi lebih baik daripada apa yang ada sekarang! cubalah belajar untuk berasa cukup dengan apa adanya. sebagaimana Maha Pencipta tidak memberi dugaan yang tak mampu kita hamba ini pikul, begitu juga Dia akan memberi sesuatu yang sentiasa berkecukupan untuk hamba-hamba-Nya. cuma, kita sekalian hamba-Nya ini saja yang sentiasa berasa TAK CUKUP!

segalanya di dalam hati… kalau di situ berasa sudah cukup, maka cukuplah ia. cukuplah setakat ini dulu, lain kali sembang lagi. wassalam…

Wednesday, July 26, 2006

Hidup 'Bersawang'!

2 comments
assalamualaikum... salam blues!

"bersawang blog abang!" kata sebahagian adik-adik yang terlalu rajin membuat lawatan blog ke blog. hehehe... alasan biasa, "sibuk dik..." alasan luar biasanya, saja nak tunggu esok lusa bila BS 103 dah masuk printing baru nak up-date blog!

sebenarnya, BS 103 dah settle dah... macam biasalah setelah memaksa diri untuk tidak berapa cukup tidur. setelah dicongak-congak sejak 20 tahun lalu, bila masanya ntah dapat tidur yang cukup. dulu masa memula kerja rajin jer tidur bawah meja (macam pac sekarang la). pagi balik rumah mandi, tukar baju jer.

beberapa hari lalu masa mr. yong datang nak collect art-work, sembang-sembang pasal umur. umur tengah 'sedap-sedap' gini biasanya banyak benda yang dulu biasa kita lakukan dah tak berapa boleh dilakukan lagi. kalau dulu boleh mengadap pc 24 jam... siang malam, tapi sekarang nih mata pun dah panda protes! agak-agak dah over jer, mula la mata berair. tandanya nak suruh tidur atau rehat la tu.

life begins at 40! tapi, mungkin juga berakhir dalam usia begini, kan? Maha Penciptalah yang Maha Mengetahui akan segalanya. Dia-lah yang mengatur hidup dan kehidupan kita sekalian hamba ini. usia bukan penghalang, usia bukan satu alasan... apapun sebenarnya, semakin meningkat usia hendaknya semakin matang dalam segala perbuatan, termasuk amalan.

bertambah usia, bermakna berkurangnya baki yang bersisa. 'subsidi' dari Maha Pencipta pun kita tak tahu berapa yang ada.

untuk adik-adik yang sedang kuat bekerja, bekerjalah berpada-pada. susun dan aturlah masa demi masa depan yang selesa. memang, orang kata kerja keras selagi muda, selagi ada tenaga. tetapi, Tuhan menjadikan kemampuan manusia ada batasannya. jangan melanggar hukum kehidupan itu kerana mungkin memberi impak yang kurang bagus ketika usia semakin meningkat dewasa (tua!).

kerja tetap kerja, itu satu keperluan. kerja dunia itu biarlah yang seiring dengan sisi akhiratnya, kerana hidup di dunia untuk kehidupan akhirat. mungkin ketika ini kita berfikir, semua itu nanti-nanti boleh kita lakukan. tetapi percayalah, masa 24 jam sehari semalam yang diperuntukkan untuk kita itu akan sentiasa TIDAK CUKUP apabila kita seniasa 'mengejar' sesuatu, terutamanya keduniaan.

balajarlah membelai hati dan perasaan untuk menerima segala sesuatu apa adanya. didiklah hati agar sentiasa untuk positif walau dalam apa jua keadaan. seseorang pernah berkata, 'dalam sesuatu yang buruk itu tetap ada cantiknya kalau kita mampu melihat dengan mata hati'. dan, jangan pula lupa bahawa, 'dalam sesuatu yang cantik itu akan ada juga buruknya, tetapi kita baiki semampunya'.

jangan sampai suatu hari nanti kita berkata, "akukah yang terlewat?" sedangkan ketika itu segala pintu telah tertutup rapat! jumpa lagi, wassalam...

Tuesday, July 18, 2006

Seratus Dua!

0 comments


Terima kasih kepada semua yang berusaha menyiapkan BS Seratus Dua ini. Juga TQ so much kat adik-adik Forumer BS yang sentiasa bagi semangat dan menghiburkan. Sayang U All!
 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com